The Hardest time of my life....
Past few weeks... waktu yg plg susah dan menguji dlm hidupku. Everything was out of control. Aku hilang arah, aku buntu. Beban yg dh lama aku tanggung dh jd semakin berat sampai tak tertanggung... beberapa kali aku putus asa. Pujuk diri sendiri, aku bangun balik. Alihkan perhatian kpd study.. aku tumpukan sepenuh perhatian... sbb itu saja yg buat aku boleh teruskan. Priorities... changed. Dgn mendadak, segala keutamaan dlm hidupku berubah... aku mmg tahu ia patut berubah lama dah... cuma tak pernah act on it. So skrg, aku berjaya ubah. Segalanya ubah.
Untuk yg lebih baik, insyaAllah.
Aku buatkan diri aku sibuk dgn segala urusan study... Aku dh x larat nk hadapi tekanan. Tp seminggu yg lalu, kemuncaknya. Dh tiba masa aku kena hadapi.. dh x boleh elak.
Dh 2 hari aku terlepas tarawih... sbb bz siapkan assignment & presentation. sampai hari ke-3, aku dh ckp pd Mama yg aku x pergi... tetiba bila aku dlm bilik, aku jd resah sgt. Serabut. Tension. Hanya satu cara... solat. Aku decide nk ke masjid.. bersiap awal dr biasa & ajak mama pergi awal. Aku nk solat dlm tenang, x mcm slalu, sampai je dh start isyak.
Sampai di masjid... solat sunat dan isyak. Dan aku hampir menangis sambil solat. Aku tahan, xnak mama npk. aku berdoa dgn sepenuh hati... minta lapangkan hati tunjukkan aku jalan. Mula tarawih... buat pertama kalinya aku khusyuk sembahyang. Buat pertama kalinya perhatianku pd Allah semata-mata (bila susah, itulah yg buat kita tumpu). Tiba2... rakaat ke-5 imam silap... dan perhatianku terganggu. Dan setelah kembali mengikut imam, dlm otakku tiba2 aku dpt petunjuk (mmg aku percaya itu petunjuk, termakbul doaku td). Buat aku sedar... kesilapaan imam telah buat aku sedar. Pertama kali seumur hidup, aku solat dan imam buat kesilapan sebegitu... suara hati aku dpt iktibar dr kesilapan itu. Alhamdulillah. Masa tu, lg sekali aku nk nangis, bersyukur. Aku dh dpt jln penyelesaian... aku dh tahu apa yg harus aku buat. Setelah pulang... lapang sangat dada, tenang walaupun masalah blum selesai... tp aku dh npk jln.
Hari ni (stlh 2 hari) aku buat pertama kalinya open up kpd Mama ttg masalahku... menangis2. Akhirnya aku berani utk berkongsi. Mama tanya kenapa baru skrg? Aku ckp, aku fikir aku boleh selesaikan sendiri... tp skrg aku dh buntu. Dan Mama menolong. Dan aku tlh berjanji pd diriku sendiri pn apa yg mama minta aku janji. Sbnrnya byk lg ingin aku luahkan... yg akan buatkan mama yakin pd aku tp aku dh xmampu nk berckp, dh teresak2.
Dan setelah sekian lama, aku tidak sembahyang kerana aku MAHU sembahyang... hari ini aku sembahyang dgn ikhlas, tanpa disuruh mama. Dh lama aku tinggalkan solat... aku rasa aku dh bersedia, aku akan cuba sedaya upaya utk kekalkan mcm tu. Mungkin aku akan lalai... tp aku harap aku akan cpt sedar bila terjadi.
Segalanya dh berubah... aku dh berubah. Aku rasa hidup ni lebih bermakna. Aku rasa arah tuju hidup ni sudah bersuluh. Aku berdoa supaya perubahan ni bukan bersifat sementara. I feel good and i don't feel guilty like i used to. Fizikal aku mungkin tak berubah... tapi dalam, dh berubah. InsyaAllah.
Dan.. selalu aku kata aku rindukan Mekah... kali ini, aku terlalu rindu. Setiap kali aku jejak ke masjid, aku amat rindu. Bila berjalan memasuki masjid, aku rasa seronok. Hari ini aku telah bawa tasbih kesukaanku, yg aku sering bawa ke Masjidil Haram dulu. Aku tak guna pun, sbb kt sini xde org guna dan x sempat pun... cuma benda tu ada bersama aku. Itu satu2nya benda yg sentiasa bersama ku semasa aku beribadat di sana. Benarkanlah aku ke sana lagi. Amin.
Aku percaya, ada satu detik dlm hidup seseorg, org itu akan berubah. Lambat atau cepat saja bezanya. Kini, aku dh berjanji pada diriku... seluruh hidupku, utk ibubapaku... yg terbaik bg mereka akan jd yg terbaik utk aku.
Aku ingin kembali ke jalanMu... berikanlah aku kekuatan. Jauhilah aku dr godaan. Semoga aku tidak disasarkan lagi. Walau lambat, walau susah, aku ingin berubah.
airmataku belum berhenti mengalir sejak aku mula menulis entry ini. Airmata dr pelbagai emosi yg bercampur. Namun aku rasa lega. Tenang. Gembira.
Alhamdulillah pelajaran aku juga melalui perkembangan yg baik setakat ini. Hasil aku tumpukan perhatian, markah ujian aku tlh membuat pensyarah sedar potensi aku... dulu aku dipandang rendah krn jurusan ini bukan bidang aku, kini aku dpt buktikan aku boleh lebih baik dr mereka dlm jurusan itu. Jika dulu, mereka pandang rendah pd kemampuanku dan menganggapku org yg suka2 nk blajar sbb xde bende lain nk buat, skrg mereka dh mula menerima aku. People always judge me before getting to know me. I don't blame them, because i am also responsible for my 'mispresentation'. It's nice to know that i've proven myself and i made them respect me for what I am and not by changing me to fit their criterias. They are nice people,though... the good and the bad... i always learn something from both.
Bila kita pandang positif, lbh banyak baik yg kita dapat hasil dari keburukan.
Jangan risau kawan2.. aku masih org yg sama. Aku boleh adapt dgn keadaan... aku tak nak bg org x selesa lak.
Sebut pasal study...
Aku seronok sgt dpt belajar semula. Suasana pembelajaran yg sangat berbeza dr degree dulu. Dulu aku nk present dpn kelas mesti tergagap2... skrg aku x kisah pun dlm satu kelas, 2-3 kali aku bercakap di depan. Yg lain mmg suka sgt la sbb dh aku je yg bercakap, dorg takyah ckp byk. Dulu aku sgt pasif... sekarang aku ckp byk tp bertempat la. Tp aku xde la gila kuasa nk dok depan berckp memanjang... bila perlu, bila yg lain mcm buat tak tahu, aku la tukang cover.
Bila aku rasa aku tak tahu, aku akan tanya sampai faham... kalau kawan2 xleh jawab, aku akan cari bahan & baca sampai faham. Kemudian aku kongsi... begitu juga dgn mereka. Kekadang ada kawan yg x faham tp xnak bertanya... aku nk tolong tp dorg x minta ditolong, aku takleh tetiba nk ngajar org. Dorg akan dtg, minta save presentation atau assignment aku dlm pendrive dorg. Aku mmg ikhlas bagi walaupun aku x sepatutnya bagi sbb presentation aku itu cara aku sendiri. Lecturer pn akn tahu dorg tiru aku kalau dorg buat. Terpulang dorg la nk fikir sendiri... kalau aku ckp, nanti kata aku kedekut ilmu lak. Aku dh kongsi, terpulang la dorg nk belajar dr bahan aku atau sekadar nak meniru.
Td ada bbrp org minta copy stlh lecturer cakap aku punya presentation memenuhi apa yg dia nak... pdhal benda tu aku prepare smlm sementara tunggu waktu berbuka je... berdasarkan notes2 yg aku buat ttg komen2 lecturer on previous presentation. ada yg mmg nk rujuk je, aku x kisah tp ada yg jenis malas, jenis nk copy & paste je. Kalau dorg ni concentrate, senang je. Aku pn heran... sbnrnya, kalau notekan point2 aku pn dh bleh dpt hasil sama. bknnya byk pn. Dlm ramai2.. mesti ada yg malas. Slalu aku mmg sound direct je... setakat ni dh 2 org dh kena & x berani dh nk minta dr ku. Bkn aku ni jahat sound dorg.. aku nk dorg blaja... susah nk catch up kalau nk harapkan org. Dorg tu lebih tua dari aku, patut tahu la. Aku agak pantang dgn melayu2 yg malas berusaha ni. Asyik nk kena suap je, jenuh la. Jangan la buat aku start membebel psl melayu malas... panjang lak nanti.
Terpulanglah... nak ubah, ubah. Xnak ubah, xpayah. Nak tahu, aku ajar. Malas tanya, belajar la sendiri. ego x bawa kita ke mana. Benda yg aku tak tahu, aku akan minta org lain ajar... x salah kalau kurang pandai... salah, kalau bodoh sombong. Semua atas kesedaran masing2... masing2 punya hidup.
X sabarnya nk cuti panjang! Boleh la aku concentrate buat business plan aku.
Maaf kawan2.. percutian ke luar negara aku dibekukan...
Friday, September 21, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment