ADA APA DGN KS?
Ada apa dgn dia? There's something about her. Semua orang suka dia. Laki perempuan tua muda bay remaja dewasa nenek atuk moyang... semua suka KS.
Aku pun di kalangan org yg suka KS. 11 tahun hidup aku.. membesar dgn suaranya, kisah hidupnya. beberapa tahun kebelakangan mengenal suara sebenarnya, nampak budinya, mendengar tawanya, melihat airmatanya, meilhat wajah cintanya, melihat keinginannya, mengagumi keperibadiannya, menghormati pendiriannya.
Aku juga ketawa mendengar jenakanya, aku juga sering memberi ajaran sesat padanya dan kemudian aku gelak. Aku juga tersenyum bila melihat wajah angaunya ketika bercinta. Aku pun terkejut bila dikongsi rahsianya. Aku juga bersimpati bila dia tak dapat menikmati hidup. Aku gembira bila muncul Hubbynya membuka ruang untuknya menikmati hidup ini. Aku selalu berdoa agar dia boleh lihat dunia ini... dan dia telah pun lihat. Menggapai sebanyak mungkin pengalaman hidup. Melihat sebanyak mungkin apa yg di luar. Bebas. Akhirnya.
Mungkin wujud rasa marah, rasa kecewa... tapi bukanlah bersifat peribadi. Dan bukan hak ku juga utk marah sebenarnya. Tp bila difikirkan balik... bukan padanya. Pada persekitarannya, pada keadaannya. Mengenal dia dulu... aku tahu, kalau dia tahu benda tu salah, dia takkan buat. Kalau dia tahu ada yg akan terasa, dia tak akan buat. Dia buat sebab dia tak tahu. Tak adil menyalahkan orang yg tak tahu. Aku pernah ambil kata Cik Cit dulu... katanya org buat keputusan berdasarkan maklumat yg ada padanya oleh itu keputusan yg dibuat mungkin salah setelah dibuat namun tak pernah salah ketika keputusan itu dibuat. X pernah ada keputusan yg salah... cuma maklumat yg menjurus kepada keputusan itu tidak cukup.
Bukan aku tak nak berjumpa atau melihatnya... aku tak nak berada dalam keadaan itu. Pdhal keadaan itu kesannya pd kawan2 aku, bukan aku... mereka boleh tahan, cuma aku tak tahan melihat. Mungkin aku tak patut fikir sgt ttg kawan2ku sbb dorg pun x peduli.
Aku teringin sangat nak tahu apa yg ada dalam fikirannya. Mungkin aku yg salah anggap. Mungkin dia lebih ke depan pandangannya. Mungkin akan ada satu hari nanti aku akan berpeluang bercakap dgnnya dlm keadaan yg berbeza. Mungkin satu hari aku akan faham dan dia akan faham maksud aku. Mungkin aku boleh beri maklumat dlm membuat keputusan, mungkin dia boleh beriku maklumat utk aku buat keputusan. Nobody knows.
Apa2pun.. aku harap dia mendapat segala yg diharapkan... aku tahu sgt apa yg diinginkan sangat... semoga dia akan dapat. Kalau aku di kedudukan dia.. dh lama aku g london buat, cepat sket. itu kalau aku la kan hehehe.
TAJUK LAIN... aku dh lama cr pengertian ayat ni...
Tadi aku google "if ignorance is a bliss, why do people seek knowledge?" soalan yg slalu ditanya pd pusingan akhir Ratu Cantik Dunia.
So aku dpt beberapa blog yg sama mcm aku nak tahu apa maksud ayat ni...
Ada yg masuk akal, tp ada yg x... sbb ayat tu pn dh contradicting. A PARADOX.
antaranya yg ku rasa cm bleh terima...
"we seek knowledge... because only with knowledge can one tolerate being ignorant."
"cuz if u dont... ull end up like a beggar on da streets if u don have knowledge n qualifications... den bliss is not so bliss anymore if u know wad happens if u don have knowledge."
Ini Quote oleh Confucious...
"Ignorance is the night of the mind, but a night without moon and star"
maksudnya ignorance itu bila minda dlm keadaan seperti malam yg xde cahaya... gelap, x nampak apa2.
Ignorance is a bliss to me... bila aku tidur dlm gelap & x npk apa2... aku tak takut sbb aku tak nampak apa. Bila ada suara aneh... i don't seek knowledge, i prefer to be ignorant so aku tak tahu suara tu dr mana, aku tak boleh nilai samada suara tu dr hantu atau orang yg nak kacau. Aku pun akan abaikan dan sambung tidur. hehehe
Tp bila berjalan... dalam gelap xde cahaya... tergagau... i seek knowledge. Aku nk tahu apa yg aku pegang, apa yg aku rasa supaya aku boleh keluar dr tpt gelap tu. Ignorance will only get me out if I'm lucky.
my answer to "if ignorance is a bliss, why do people seek knowledge?"
"Ignorance is a bliss but it doesn't last long, so i seek knowledge. It gives me longer-lasting bliss."
Mcm pilih deodorant la plak hahahah!
Sunday, September 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment