Dugaan
Kalau ikutkan hati... dah lama aku mengamuk. Aku pn x tahu aku boleh sabar ke tahap ini. Mmg luar jangkaan.... sbnrnya x terdetik dlm otak pn. Nk buat cmne. Allah uji kita mcm2 cara. Aku anggap ni ujianNya. Aku sabar.. aku xnk cepat melatah. Akan ku teruskan walaupun semangat dh mula luntur... nasib baik masih ada 2 org yg kuat di sampingku. Aku mahu kami berjaya.. biarlah susah dulu... aku percaya akan sampai harinya kitorg beroleh hasil. Aku percaya ada hikmah di sebaliknya.
Kali ini Allah nk tunjuk... siapa kawan, siapa lawan. Alhamdulillah bila dh diberi petunjuk sebegitu. Aku masih boleh bersabar... aku pn xtahu mana aku dapat kesabaran ini. Nenek aku pernah cakap... jika org buat kita, kita ada hak utk membalas. Mak aku yg bimbang aku dpt mesej yg salah, terus tambah... "memang kita ada hak utk membalas benda yg sama... tp lebih baik kita x membalas sbb mungkin kita balas lebih dr apa yg dia buat pd kita. Dan jgn sesekali berdendam. Sbb sifat negatif tu akan merosakkan hati"
Aku positif... aku terima apa yg dh tertulis utkku. Aku x mahu mula negatif... kelak akan sampai ke hati... jd busuk, layak dijadikan makanan syaitan saja. Org yg positif menerbitkan aura positif... buat org rs senang nk dekat, buat org hormat, buat org percaya. Jika negatif... aura pn teruk.. org xnk dekat.
Kita dh dewasa... biarlah pemikiran pn matang. X perlu nk tunjuk perasaan lebih2. x perlu campur aduk urusan kerja dan peribadi. X perlu nk putar belit ayat. X perlu nk cipta alasan berkoyan-koyan. Itu bkn sifat matang... aku tahu sbb dulu aku pn x matang. Skrg pn bkn nk kata aku ni dh matang... cuma lebih matang.. umur pn dh 24. Kalau nk dibandingkan kematanganku dgn umurku... dlm zaman skrg ni... ramai org kata aku matang dr umurku. Aku rasa aku mmg patut ada pd tahap kematangan ini. Matang itu bkn hanya diukur pd umur. Diukur dgn didikan, pelajaran, pengalaman, prinsip hidup, cara hidup, persepsi hidup dan mcm2 lg. Dalam byk2 yg kata aku matang ni... ada gak org yg kata aku ni mcm budak2. Aku terima komen org dgn terbuka :)
Apa yg telah diambil dariku... jika digunakan ke jalan yg sepatutnya, aku halalkan.
Apa yg telah diambil dariku... jika disalahgunakan, haram sehingga aku menghalalkan.
Bukan aku nk berkira... Aku mahu Tuhan membalas.
Jika apa yg aku terima ini adalah balasan atas perbuatanku... aku terima.
Jika balasan yg aku terima ini lebih dr yg sepatutnya aku terima... Biar Allah membalas.
Aku sedih... aku kesal.. aku kecewa...
Tapi...
Aku masih di sini meneruskan walau jalannnya kabur.
Suatu hari nanti...
semoga aku masih di sini...
menanti tibanya hikmah.
Amin.
Friday, September 22, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment