Menyemak emel mengisi masa terluang di tempat kerja... ku terjumpa satu emel yg ku tertinggal.. 2 bulan lepas. Cerita yg sungguh menyentuh hati. Bertakung air mata.
Tiba2 timbul rasa bersyukur dgn apa yg aku ada... aku hidup... belajar, bekerja.. aku cuba x menanamkan sifat angkuh dan bongkak dalam diri. Rezeki datang.. ku kongsi, bukan utk sendiri... org2 meminta di jalanan, ku hulurkan walau sedikit, walau ku tahu org lain yg makan hasil mereka... yang penting ada kesedaran utk menghulur dan timbul rasa bersyukur dgn kelebihan yg kita ada.
Orang yang meminta dari kita telah merendahkan dirinya utk meminta... jangan kita rendahkan lagi dengan tidak memberi.
Semlm... seorg volunteer MAKNA approach ku utk derma pd tabung mereka... aku pun rasa xde ruginya... Atukku menderita kerana kanser sblm kembali ke pangkuanNya, makcikku pernah menghadapinya, kawan baik ibuku menderita kanser sekarang ini. Aku buat utk org2 ini... semoga dapat mengurangkan beban keluarga pesakit2 ini.
Maka rasmilah aku sbg penderma berterusan MAKNA... sumbangan kecilku akan berterusan insyaAllah selama mungkin.
Sekian utk sesi INSAF ku ari ni.
Thursday, August 18, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment