Tentang Dia...
Ceritanya agak slow juga.. tp setiap kali nk mula rasa bosan menunggu pasti ada kata2 falsafahnya atau lawaknya... keeps me interested. Skripnya agak baik walau x seberkesan AADC. Tp watak Randu kurang berkesan, lakonan kureng sket. Jln cerita mudah tp penuh makna... kisah hidup manusia.
Sepanjang cerita mmg otakku berfikir.. mengaitkan dgn kehidupan sebenar. Aku suka pandangan Rudi dlm hidup... aku x brp ingat kata2nya tp aku rasa lebih kurang macam: kalau kita x benarkan diri kita bahagia, kita xkan bahagia... maknanya semuanya psikologi kita... kita risau psl byk bende sampai terlupa utk bergembira. Lg satu time atas bumbung... melihat masalah dr byk sudut berbeza, kita akan lebih paham, lebih senang hadapi.
Gadis seorg yg begitu lemah dlm hidup & x reti menghargai hidup... kapalterbang kertas adalah masalahnya... brp byk yg dia buat dn baling? Byk kan? Otak dia pikir masalah je.. x pernah la selesai... sbb dia sendiri xnk hadapi. Ada masalah baling ke tepi, esok pikir balik masalah sama.. kitaran berulang, tu yg bertimbun pdhal masalah dia bknnya sebyk itu.
Rudi lalui benda yg lebih teruk... pendekatannya dlm hidup membolehkan dia gembira dgn hidup. Dia berani. Of course she has her own issues but she can live with them. Dia menjadi seorg yg kasar krn xnk attached dgn sesapa... sbb bila dia benarkan org lain memainkan emosinya, dia yg akan sakit. Bila jumpa Gadis, dia nampak adiknya yg lemah n x berdaya utk hidup... she reached out. Atas rasa bersalah pd adiknya, dia manjakan Gadis... Gadis masih x hadapi masalah malah lupa.. masalah masih ada. Gadis dh x buat kapalterbang kertas tp yg dia pernah buat dulu masih bertimbun. Still holding on to the past and living the moment without thinking of what's to come. Rudi tempat bergantungnya... things happen for a reason & kehilangan Rudi buatkan dia sedar n berdikari.. masa tu baru nk berfikir. Barulah Randu tu diterima padahal org tu selama ni bersedia kt sebelah... sian gak Randu tu. Tp Randu sifat terpuji dia x give up... kalau nk kutuk pasal dia ni boleh je tp memandangkn watak dia kecik je dlm citer tu, abaikan je la :P
At last... Gadis open up to Randu. And even better... dia buang semua kapalterbang dr atas bumbung tu... Melihat masalah dr pelbagai sudut. Kan ke rasa best je bila dh settle?
Keseluruhan cerita ni mmg buat kita fikir tentang hidup dan melihatnya dr sudut berbeza... Indahkan hidup ni?
Tapi kan... aku bosan la xde kerja ni.. ini satu masalah aku... rasa x berguna hidup bila x buat keje. Tp kalau pandang dr sudut lain... Aku byk masa utk diri sendiri... byk masa melakukan apa yg aku suka.. membaca dan menulis dan juga bersama kawan2 melepak. Indahnya hidupku! Nantikan cerita keindahan hidupku yg lain... byk masalah, tp dunia tetap best bgku! Gila gamaknya? OK nk g mandi... bg waras sikit [ada kene mengena ke?]
P/S: Sapa nk bekalkan kertas A4 utk buat kapalterbang? N lg important, sapa yg nk teman panjat bumbung baling semua kapalterbang n kemudian dikejar oleh pak guard n disaman DBKL sebab membuang merata2? Oh, lagi satu... sapa rela aku langgar dgn kereta supaya kita boleh berkawan baik selepas itu [kalau kau x mati la] :P Just kidding! I don't need all that.
Thursday, May 05, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment