11&12/06/04
2 sepupuku S & F sudah bersamaku di rumah... SD kata mereka akan bertolak sesudah sbyg jumaat. Tetiba SD antar info terbaru... 5.30 baru btolak. Jadi ke sbrg laut ke rumah makcikku. 7.30 sedang aku bersedia utk balik ke rumah... info terkini : baru bertolak n akan singgah makan. Hehehe sabar je la. Aku pn melepak di rumah makcik menyertai parti h’jadi anak sedara S mlm itu... jam 10pm pulang ke rumah menanti. Jam 11.30 btolak ke tpt dijanjikan bsama abah n mama. SD baru sampai Ipoh! Sejam lebih dh berlalu... masa fon tadi kt bidor... lamanya!
Berlaku kekeliruan... SD suruh bas berenti kt tpt lain... tapi akhirnya sampai gak kt tpt aku 1.11 pagi... kitorg kena naik bas blkg... bas dpn tpt duduk terhad. Naik atas bas, tunggu yg lain g toilet... kelihatan SN turun dr basnya ke toilet juga. Lps keluar toilet naik bas kitorg... berkenalan ngan sepupu2ku... “Bas tu dh penuh, nak naik sana takleh la... tapi kalau nak tengok boleh. Jom!” S&F yg masih malu kambing segan nk ikut... aku sorg je ikut. Aku pn naik segan cameraman amik shot aku ngan SN jalan sib baik x ikut naik bas SN. Bas yg gelap tu... penuh ngan org tido d tpt duduk dpn... SN g bukak semua lampu2 dlm 2 bilik blkg bas utk aku tgk rumah keduanya itu... nampaknya Erah n anas dah conquer kedua2 katil n nyenyak skali tido. Cantik dan selesa ‘rumah’ ini. “lawatan muhibbah” disertai penerangan oleh tourguide plg fofuler ahaks!
Dekat 3am baru sampai dan cek in hotel... lapar! Bandar pun dah mati time ni... maka mengembaralah kami bersama krew lain mencari tpt makan... 4 pagi pulang ke bilik n tido. 10 pagi... bangun, bersiap, g makan kt luar, jejalan kt mall sbrg jln. Pastu SD call... memula xnk pesan apa2, tetiba pesan brg sampai aku x ingat. Brg sikit punya susah nk cari! Dh masuk 4-5 kedai baru selesai. Balik bilik... lepak, borak, minum, main kad sampai 2 jam dh bosan... g balik mall, tgk wayang PHSM... aku rasa panggung tu lagi ngeri dari cerita! Lps tu lpk minum ptg kt Star Walk... ramainya manusia! Tgh nk mkn... kena g jemput org sakit kepala sbb satu hari x tgk dunia luar. Lps makan... g mall utk kali ke 3 ari ni... byknya brg dibeli.
7.30pm... balik bilik mandi n keluar ngan S&F makan... ju kata nk keluar skali tp hilang ntah ke mana, kitorg g dulu. Tetiba dia call kata nk g lokasi skrg... lintas jalan dr gerai mkn jumpa kt lobby.. SN baru keluar. Terus naik bas n pergi bersama. Sampai... SN terus menjalankan latihan... yg lain tgk dr dpn... SN nyanyi dlm kesakitan tp kalau sore dh sedap, sakit cmne pn sedap... org ramai yg tetiba ramai kat situ terhibur gak. Tgh SN blatih kitorg g setup booth. 12 lebih SN abis blatih. SN balik, kami belum selesai... akhirnya balik naik R4. Balik, lepak ngan S&F n tido.
13/06/04
8.45am... bfast kt hotel... xde sapa yg turun lagi npknya. Selesai mkn, lepak kt lobi... selesai semua makan... btolak ke lokasi. Pasang display units yg ada... basah kuyup berpeluh. Cantik! Susun brg... org mula datang tp tak ramai... hari bekerja... ramai bdk sekolah. Jualan berjalan baik sampai ke petang... waktu puncak... makin ramai org datang... dh balik keje. Baju rekaan xklusif oleh SN abis dijual. Petang itu, aku dpt pembantu kecil, N. Dia ni pemalu betul... tapi hari ni dia yg dtg tegur aku. Berdiri dekat aku dan mula bersembang sambil aku melayan pelanggan. Aku tarik kerusi letak sebelah aku, suruh dia diri atas tu... senang aku nk ckp ngan dia, takyah nak pusing blkg n tunduk tgk dia. Dh berdiri, barulah dia nampak pelanggan... berdiri sama tinggi dgnku, dia tolong aku jual sambil bercerita n ngumpat org yg dtg...pastu ketawa2. hilang sket penat aku berdiri dr pagi, ada org menemani. Kekadang pelanggan tersengih melihat aku ngan N dok borak sakan style budak kecik. Hehehe, kelakar gak. Kekadang ibunya menegur jgn ganggu aku... dia pandang aku minta kepastian, aku bisik takpe n senyum... dia teruskan dgn ceritanya.
Jam 7... mula gelap. Dari jauh kelihatan awan gelap... besar! Aku dok kata dlm hati... jgn la gerak ke sini, tolong la g tpt lain... SN dah bersiap pun, tinggal nk dtg n nyanyi je. Kemudian... awan bergerak dgn laju sgt ke arah kami... “Dia mai dah! Mai dah!” laung Ju dan S. Skrin d tepi pentas dah berayun dasyhat. Tetiba skrin tu naik lebih 180 darjah... aku paling tgk keadaan sekeliling... di booth masih belum merasai angin kencang. “kakak, nak ujan la” aku kata pd N. “mesti mak iti xleh nyanyi kan?” katanya. “ujan kejap je kot, lps ujan mak iti nyanyi la” aku cuba nk sedapkan ati sendiri skali. Aku tgk pentas balik... skrin dh hilang! Tetiba angin tiup kencang dan hujan lebat... org ramai berlari masuk ke dlm khemah kami... ibu N dan yg lain sibuk menolak stok2 di blkg ke tpt selamat. N dah berubah muka takut. “Auntie, kita takut la... lebat.” Kesian lak budak ni. “Takpe, kita duduk dlm ni tak kena, selamat... kakak duduk sini ye”
“kita takut, nanti kipas jatuh... nanti roboh” aku pandang kipas di tgh... ngeri gak kalau jatuh ni. “Tak jatuh... kakak kan duduk kat tepi ni, tak kena kipas.”
“Nanti jatuh, nanti roboh!” suaranya ketakutan dan bergenang air mata. Dia bangun diri di sebalahku. Aku pegangnya dekat pdku dan terus memujuk... yang lain sibuk memerhatikan org ramai dan menjaga brg.
Tiba2 kedengaran suara ibu N menjerit “ pegang khemah!” tak kelihatan di pandanganku. Seorg laki menjerit “Kipas nak jatuh!” kipas mmg dah goyang semcm, khemah pun bergetar tak stabil... semua bergelimpangan lari keluar ke dlm hujan lebat. Aku nak tarik N keluar perlahan2.. baru aku tarik tgnnya sikit dia mula berlari ke luar... masa tu juga almari tinggi itu tumbang ke arahnya... melompat aku pergi tahan almari tu dari jatuh, mata masih memandang N berlari, takut dia hilang. Ju npk aku pegang almari dia tolong. “Nyssa!” aku jerit memandang ke arahnya yg terjatuh dan dipijak seorg budak. Ju berpaling dan terus lepaskan almari tu dan lari dukung N... aku pun lepaskan almari yg mmg x larat aku nk tampung dah... berlari ke arah N, dia dah menangis ketakutan dlm pelukan Ju. Aku npk ibunya keluar dr khemah yg terapung2 di udara, aku suruh bukak kereta nk bawak N masuk. Masa tu juga khemah jatuh ke tanah dan roboh... makin kuat budak tu nangis. Semua lari masuk dlm kereta... kaum laki d luar menyelamatkan barang. Ibu N aku lihat dh tak tahu nk buat apa... memerhati luar, akhirnya dia keluar juga... mmg berat nk tgk je dr dalam. Suami pula xde di situ, terpaksa dia handle. “Ibu jgn pergi!” jerit N namun tidak didengari. N melihat aku, mula nk menangis semula... “Ibu pergi van sebelah je... mari duduk sini” aku tariknya duduk di ribaku. AT tolong tenangkan N skali... lps tu aku melihat ke luar... pentas dah roboh! Ya Allah... aku dh terlalu sedih melihat semuanya musnah di dpn mata.
Slps beberapa minit, hujan mula reda.... yg lain keluar dr kereta utk mbantu angkut brg. Aku x bleh ke mana... gerak sikit, N mula nk nangis semula. N menggeletar kesejukan, aku memeluknya dan menggosok tgnnya utk hilangkan sejuknya sambil memujuk dan bercakap utk buatkan dia bercakap supaya boleh keluar dr kedaan terkejutnya. Dia mula respon sikit2. Bapa N muncul, buka pintu dan masukkan adik N, A ke dlm utk aku jaga. A selamat krn pergi ke tandas sms ribut. Bapanya menyertai yg lain selamatkan brg. A mula bertanya mcm2 krn musykil melihat segalanya roboh. Aku jawab mana mampu, berusaha supaya jawapan aku x timbulkan ketakutan. N masih diam sehingga aku sebut sesuatu yg buat dia ketawa [aku pn x ingat apa aku ckp]... lps tu dia mula bercakap dan A penuh minat menemuramah kakaknya itu. Dia dah mula OK, lega sikit aku... bimbang gak kalau trauma. Selepas tu makin rancak bercerita... siap boleh cerita kisah lucu kwn2 sekolahnya pdku. A pun x seperti yg aku kenali... mula bercerita juga, terkejut aku... siap nyanyi utk aku 2-3 lagu. Keadaan dh berubah ceria dlm kereta walaupun di luar teramat menyedihkan... mereka dh berada di dunia mereka. Aku lak mula pikir psl keadaan di luar... aku nk tgk, cermin kereta kabut dan N x kasi bukak tingkap sejak awal... dia xnk tgk.
Dgn basah kuyup... kereta pn dh basah... xde udara keluar masuk... aku rasa lemas. Terpaksa aku pujuk N benarkan aku keluar... bukan setakat N, A pun x kasi aku keluar... aku kata aku berdiri kat luar je. Aku bukak tingkap depan, matikan wiper, aku keluar diri tepi tingkap terbuka... kedua2 duduk tepi tingkap dan terus berborak dgnku... ada gak alasan aku nk bukak tingkap kereta tu... kang x psl2 semua mati lemas dlm tu. Org lalu lalang tepi aku semua senyum tgk budak 2 org tu dok cerita dr dlm kereta penuh semangat... dan aku dok melayan dr luar, cuba sedaya upaya nk menten senyuman utk mereka berdua. Baru aku rasakan betapa ‘fragile’nya kanak2, betapa perlunya org dewasa membina dinding utk mengelak mereka melihat realiti sebenar krn mereka takkan tahu cara utk ‘comprehend’ semua itu.
Sebenarnya aku x pernah mengalami keadaan teruk sebegini... tidak pernah rasa gerun cmni... aku pun x reti nk ceritakan betapa ngerinya keadaan ketika semuanya berlaku. Kalau SN atau SD ada di situ... aku rasa mereka boleh pengsan melihat rancangan bertahun-tahun musnah dlm sekelip mata. Nasib baik aku bukan jenis yg cepat melatah atau menggelabah... aku masih boleh kawal diriku... kalau ikutkan, mmg masa aku tgk N menangis, aku nk menangis skali... tp kalau aku alami ‘breakdown’ cmtu, siapa yg nk pujuk budak tu? Dgn menangis aku akan memberikan gambaran sebenar bhw keadaan mmg teruk... budak tidak seharusnya melalui semua itu. Sesedih-sedih aku, setakut-takut aku... rasa nk protect budak itu lg byk. Aku sukakan kanak2... hati aku mudah tersentuh bila melibatkan mereka.
Ini aku rasakan satu ujian hidup yg amat dasyhat bg SN dan keluarga... tak ku nafikan aku juga rasa terlalu kecewa krn aku mendengar impian ini sejak dulu... aku tahu mereka berusaha kuat selama ni... dan apabila tinggal beberapa jam saja lagi ia menjadi kenyataan, semuanya musnah. Esoknya 10 pagi bangun... keluar makan... tapi x berselera, sikit je sekadar nk isi perut. Balik hotel jumpa KI dan keluarganya... tgh sibuk nk PC. Temankan Ju ke mall beli pakaian, balik bilik amik barang... keluar pintu, kelihatan SN pn keluar dr bilik KI mendukung adik kecil N. Sama2 bergerak ke lif... bila dh dekat baru nampak muka SN. Muka penuh kecewanya cuba utk senyum pdku... x pernah aku tgk SN senyum sebegitu sedih... tiba di lobi, lagilah dia kena byk senyum sbb org ramai... kagum aku lihat dia. Aku naik bas aku, Dia naik basnya.
SD dtg jenguk org dlm bas aku... dia tanya apsal aku muram [lg nk tanya]. “Sedih” sepatah je jawapanku. “Sama ja Capri!” nak buat camne... dah mmg aku Capri. Sampai rumah... bersiap antar S ke rumah di sbrg laut... di rumah S baru aku terasa amat mengantuk... ke mall bawak F beli brg. Jln pun dh x betul, akhirnya aku ajak balik gak.. drive kereta, sampai lampu merah, aku tido kejap. Sampai umah S terus masuk bilik, tido.
Pengalaman walaupun mengecewakan, tetap menjadi pengalaman yg ingin sentiasa aku kenang. Aku perccaya ada hikmahnya. Aku juga dapat memahami sesuatu ttg diriku... dalam keadaan ekstrim, manusia akan menunjukkan sifat mereka... dan aku melihatnya dan amat mengaguminya. Aku juga bersyukur semua selamat. Alhamdulillah.
Aku doakan semoga tiada lagi keadaan seperti ini di masa akan datang... semoga segalanya berjln lancar. InsyaAllah.
Jumpa di Ipoh.
Friday, June 18, 2004
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment