IT WAS CRUEL.. I'M SORRY.
Entry sblm ni... mmg aku emo giler... x tau la sbb apa leh tetiba jd emo. Ini khas utk org yg ku dh bg berdas2 dlm entry tu... yg bertahan terima semua das2 ku. Aku telah delete entry itu sebagai tanda minta maaf dan menghormati seorg kawan.
Aku ngaku aku emo & kadang2 benda yg x sepatutnya pn bleh keluar...
Aku kenal kau.. aku tahu kau xde niat. Aku x marah pn masa mlm tu, terasa je. Cuma esoknya aku berfikir. Sepatutnya jemputan didahulukan... bila disuruh buat itu dan membayangkan xde jemputan, kalau sesiapa pn akan terasa. Sbnrnya aku tahu, tujuan kau mmg utk berkongsi kegembiraan dgn kawan... niat baik. Dan aku fikir, apa yg kau nak kongsi selalu dibatas oleh tugas kau. Sbb tu aku fikir aku patut bgtau... tujuan sbnr aku adalah utk bgtau yang kalau batasan itu ada, x payah kongsi pn takpe... aku tak kisah pun. Tp aku mmg hargai dan faham tujuan kau.. kau nak gembira bersama kawan :). Tp... Bila ada batas benda dh jd separuh & tergantung tu la yg slalu mebuat org berfikir pjg. Sbb aku slalu dpt separuh, sbb tu aku fikir pjg.
Aku kata meluat, bkn dgn kau... meluat dgn situasi mcm tu. Aku kata tak hormat... bkn kau tak reti hormat, situasi itu yg buat aku rasa x dihormati. Salah aku juga sbb x terus terang dr awal... npknya, pengalaman pn x boleh mengajarku dalam bab ni. Dulu aku rasa aku sorg je rasa mcm tu so aku tak sepatutnya emo x tentu pasal. Tp bila ada org lain pn rasa mcm tu, aku rs x salah utk emo... dan tetiba semua yg lama2 muncul semula.
Bila aku cakap psl melihat cermin... jgn lak kau fikir aku tuju kat kau. Aku tak pernah pn tgk kau tgk cermin. Aku meluahkan rasa pasal org lain. Yg pasal bercuti tu pun, bkn nk salahkan kau... bukan kau sorg je. Emo aku tu sbnrnya utk beberapa org... dan aku x perlu/mahu menegur mereka pn, sbb mereka x penting. Salah aku bg kau berdas-das atas perbuatan org lain skali.
Aku tahu bkn niat kau utk jadikan kitorg tukang isi tpt kosong... tp bila perbuatan membayangkan mcm tu, aku manusia biasa, aku cenderung berfikir yg ada seseorg (bukan kau) yg buat kau jdkan kitorg begitu. Aku anggap kau sebagai pelaksana arahan je... tp kekadang bila melaksanakan arahan, adakalanya kau terlupa yang aku kawan kau. Jujur, aku rasa mcm bkn tempatku kt situ. Aku tak pernah ragui niat kau.. aku cuma terasa dgn perbuatan. Mcm aku bgtau kau... niat x semestinya seiring dgn perbuatan. Niat aku pn ari ni utk sekadar memberitahu perasaan aku... tp perbuatan aku sampai buat kau tersentak lak, sampai sebak.
Masa kau call td.. aku br lps keluar dr blog... masih emo. Aku x bleh nk ckp... bkn sbb aku x nk ckp... aku sebak. Aku rasa yg kau baru terima arahan, dan kau call. Dlm fikiran aku, kau xde suara pn dlm menentukan siapa yg ada, siapa yg takde... so mmg aku terasa mcm x adil nak luah rasa tak puas hati dkt kau.
Mcm aku ckp... tak puas hati aku pd beberapa org dan kau jd mangsaku. Rasa x puas hati tu dh lama. Tp aku rasa x penting utk dorg tahu pn sbb dorg x penting dan aku pn x penting utk dorg. Benda berkait2. Aku menolak jemputan ikhlas kau... bukan sbb aku tak hargai atau hormati kau. Sbb aku dh letih nk jumpa org2 itu... aku dh frust sgt. Aku ckp, xde sapa nk dgr. Biar Tuhan yang tunjuk. Aku frust sbb aku kesiankan dorg, aku cuba nk buat dorg faham... aku cuba nak ubah pemikiran dorg. Tp bila aku bkn penting, kata aku x bernilai.
Kata aku bernilai utk kau... sbb ada tindak balas. Terima kasih kerana memberi penjelasan ikhlas. Aku hargai dan hormati perasaan kau. Cuma aku letih utk berdepan dgn org2 itu... betapa memenatkan utk tidak terasa hati. Aku tak kisah kalau nak lepak dgn kau... kau kawan aku. Kau juga yg setia mendengar segala masalahku. aku cuma xnak ada org2 itu... bagilah aku ruang kumpul balik semua tenaga aku. Bila ada waktu aku tidak ada, maknanya aku 'letih'.
Kalau ada peluang utk aku sampaikan kpd org2 itu dan diterima dan difikirkan baik2... aku nak sampaikan ini...
Kalau dulu telah diberi kelebihan, diberi segala yg diinginkan... pernah tak seketika direnung ada benda yang kita terlupa buat, terlepas pandang?... yang menyebabkan apa yg paling diinginkan ketika ini tidak tercapai? Cuba renungkan, perbetulkan... Ia ujian Tuhan, bukan nikmat percuma untuk dinikmati tanpa batas. Buka mata, lihat sekeliling. Apa yang tak kena? Jika tak nampak, berdiri jauh sikit agar lebih jelas gambarannya.
**penggunaan 'aku' dan 'kau' hanya kata pengganti diri dalam blog ni dan xde niat nk berkasar.
Thursday, August 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment