Saturday, July 07, 2007

WIMBLEDON

HMMM

Kalau aku join parents aku.. skrg aku dh kt UK... tentu aku ada chance nk tunaikan salah satu impianku (banyak impianku hehee) menonton Wimbledon walaupun kalau aku berpeluang memilih aku lbh suka utk ke Roland Garros utk US Open. Semlm sempat menonton live wimbledon.. buatkan aku tido kul 3pagi... Mula2 hanya menonton set pertama.. aku dah rasa ngantuk sangat.. npk xde saingan oleh Marion Bartoli, dan tentu Justine Henin yg menang semifinal tu. Tetiba dlm mata dh nk terlelap di set kedua... Bartoli bangkit... yes! permainan berubah dr bosan ke sgt menrik malah mencipta kejutan apabila Bartoli, pemian no3 perancis mengalahkan pemain no 1 dunia itu. Yes! Aku x brp suka henin menang... hehehe sbb skrg dia no1 dunia & maria sharapova no2.. so kalau dia kalah, ada chance sharapova naik blk... lgpn permainan dia x menarik, orgnya pn 'sejuk' xde perasaan.

Harap2 Bartoli menang.. aku suka tgk underdog menang... seronok tgk muka dorg, penuh perasaan.


Nasib artisku...

Well.. dia belum lg sign dgn company ku(utk management je la) sbb kitorg xnk sign tanpa ada planning, x baik nanti terbantut perjalanan karier dia... tp artis rakaman Sifu ni mmg mengharapkan aku & kwn2 yg manage dia. Tp masalahnya dgn dia ni.. lurus & jujur sgt! Record label nak release single ciptaan sifu (maaflah tapi lagunya xde ciri2 utk dijadikan single pertama)... aku dgr single tu, mmg rasa xde 'kick'.. so aku minta dgr lagu komposer lain... Dia pasangkan lagu TK.. 3 saat pertama aku dgr, terus aku cakap "sedapnya lagu ni!". Tanya knapa bkn lagu ni jd 1st single... dia malas nk komen. Aku paham... politik. Aku kenal 80% org dlm company tu... so aku tahu keadaan di sana. Kesian.

Aku rasa rugi sgt kalau dia ni x di expose betul2... aku mula minat giler dgn suaranya masa aku pertama kali ambil dia buat show dulu. Pertama kali aku tgk dia perform juga, dia ada stage presence yg baik... boleh membawa penonton bersama dlm persembahan. Cuma, genre muziknya ... minoriti. bkn pop... tp sesuai dgn lurus & jujurnya tu, dia mmg berjiwa tradisional. Aku & kwn2ku xde access kpd bahan dlm company tu... so kitorg suruh dia buat something supaya kitorg boleh buat something yg company tu xnk buat... mslhnya jujur sgt, x reti nk pusing cakap la plak. Kitorg dh sedia nk amik risiko utk dia.. sbb dh anggap mcm adik kitorg... mak dia pn dh setuju... Ayah dia tentu lg setuju.

Konon nk release minggu depan... tetiba ada lak mcm2 alasan... ni yg letih. aku yg baru berapa bulan tunggu pn sakit hati, ini dia yg dh dekat 2 tahun. Baru aku tahu perasaan E yg tunggu kakak dia lagi lama... kes ni x dpt aku nk nolong sbb antara adik beradik.



Sekadar pemerhatian & renungan...

Aku lihat seorg yg begitu gah namanya, begitu ramai org kagum, sayang. Dia berada di tempat tersendiri, sudah ada kekayaan sendiri. Mungkin bukan tempatku utk menilai... tp sekadar renungan... kalau baik, ambil, kalau tak anggap sekadar melepasi waktu.

Bkn apa.. semuanya kawan2 aku... walaupun ada yg buat tak nampak aku skrg ni, tapi pernah menjadi kawan. Yang aku rasa rugi... kecewa juga... sebab bila kita ada sumber, ada peluang... langsung tak digunakan. Aku pemerhati luar... aku tak boleh nak cakap byk... aku pn baru setahun jagung dlm dunia perniagaan ni. Tp aku ambil inisiatif, aku tinggal segala kemewahan (jika dibanding skrg ni.. dulu aku mmg mewah), aku korban kesenangan... aku menuntut ilmu... aku ingin ilmu itu krn pada pemikiran aku, itu aset aku... sijil x penting, aku mahu ilmu itu. Alhamdulillah, ia membuka minda ku. Pengalaman selama lebih saetahun bersusah mencari rezeki... bertemu dgn org2 yg aku rasa boleh jumpa dlm sinetron atau telenovela je... rupanya ada dlm dunia realiti. Semua itu ilmu... kesusahan tu buat kita berfikir. Selagi kita senang, selagi itu kita alpa. Bila ada kesenangan, bersyukur dan sedaya upaya jaga supaya ia kekal... Aku percaya pada karma (dlm Islam konsepnya tetap sama walaupun karma itu dikait dgn agama lain... sekadar satu perkataan yg mudah difahami dunia kini)... what goes around, comes around. Kitaran itu bagai roda... nak kawal roda, kena tahu teknik, kena ada ilmu, kena ada hati, kena ada kepercayaan, kena ada keberanian.

Bila aku berikan pandangan, bila aku tegur sedikit... bila org yg mendengar itu sukar nk terima atau x berminat dr awal... aku matikan terus... tak guna aku buang air liur (aku pn slalu dehidrated). Aku tak pernah kedekut ilmu... walaupun ilmu aku tu sikit, aku suka nk berkongsi... tapi buat apa aku berkongsi kalau org tak hargai. Pernah tak kita fikir kita di mana sepuluh tahun lagi? Apa akan jadi kalau tiba2 sumber rezeki itu tidak lagi semewah kini? Siapa yang akan bagi jaminan? apa bekalan kita utk teruskan hidup? Kalau kita sorg, x apa, kalau ada anak2, mak bapak, sapa yg nak jaga? Insurans pun belum tentu cukup, simpanan satu juta, utk seorg mcm aku hidup 30 tahun lagi pn x cukup (yes, aku dah kira.. tak termasuk kadar inflasi dan keadaan ekonomi lagi tau). Kalau aku ada peluang itu, kalau aku ada sumber itu... aku percaya aku boleh buat lebih dari apa yg ada skrg.

Aku mmg susah sekarang... tp takdelah susah sangat. Masih ada parents yang sudi memberi tempat bergantung... menyediakan aku utk masa depan yg lebih baik, insyaAllah. Parents aku selalu pesan, buat kerja dengan ikhlas... biarlah org lain yang buat jahat, kita cari ilmu & sentiasa pandang positif... Allah tu maha adil... mungkin bukan hari ini, mungkin bukan sepuluh tahun lagi... mungkin sebulan sebelum aku mati... tapi aku percaya, aku akan dapat apa yang aku usahakan. Aku berniaga pn x pernah songlap ke, buat claim tak munasabah ke... tp org sekelilingku sentiasa begitu... beribu duit aku abis. Kalau x dapat blk duit tu... bg aku, aku anggap bayaran utk pengalaman & ilmu yang aku dapat dr org seperti mereka. Namun yang haram tetap haram... tidak adil aku menghalalkan kepada mereka yg menganiaya org lain. Dan aku juga percaya, jika telah menjadi sebahagian darah daging... sendiri mahu ingat (but of course kalau dh keadaan gitu, mungkin takkan ingat).

Aku sangat menghormati org tua... tp dunia skrg mengajar aku... definisi tua itu bukan pada usia... pada akal dan pembawaan. Terpulang bagaimana definisi org lain... ini blog aku, so aku pakai definisi sendiri. Nak terima atau tak, terpulang.


Okla... tak boleh nak menaip lebih panjang... perlu ke majlis kawin kakak kawanku.
Hmmm... mybe next time aku ckp psl kawin lak.

No comments:

Post a Comment