Wednesday, March 28, 2007

NOT IN BUSINESS

I'm f#$&1^$ tired!

Dh berapa lama aku bersabar... makin aku bagi muka makin menjadi2.

Bukan aku xtau sifat2 org hipokirt dan munafik tu... aku tau, dan seperti biasa, aku lebih suka nk tgk sampai ke mana dorg nk bertindak. Mmg ak susahkan aku semdiri, tp rasa rugi kalau x tunggu.. pengajaran hidup yg pasti bernilai.

Aku dgr cerita2... aku angguk aku beri respons agar lebih byk yg dicerita... nyata byk. Aku sekadar simpan di dalam otak, utk diguna dan dinilai bila tiba masanya. Byk cerita dr pelbagai suara... kumpul tp blum tersusun. Tp lepas tu, setiap cerita itu boleh disambungkan sehingga la lengkap... ada baiknya aku bersabar.

Orang bodoh ni.. dorg anggap dia pandai. Aku bukanlah pandai mana tp dgn berlagak bodoh, org bodoh akan berlagak lebih pandai dari aku... barulah aku boleh npk betapa bodohnya dorg. Walaupun aku tak pandai.. tapi aku tidaklah sebodoh dorg.

Tidak pernah sekali aku tinggikan suara walau pd staf yg x dengar kata. Dorg x reti buat, aku ajar... bila agak bengap sikit penerimaan dorg, aku buat sendiri utk elakkan aku jd marah & supaya dorg tahu nak rasa segan. (aku pantang org yg tak reti nk blaja). Aku marah, aku diam je... dorg pn tahu dh bila aku marah. Action speaks louder than words.
Semlm... hari bersejarah. Buat pertama kalinya aku tinggi suara, aku luahkan rasa x puas hati, aku hentam org tua x sedar diri tu. Bukan utk diri aku sorg... tp utk protect semua staf dan director lain.

Bermula dgn directors masuk ke bilik meeting... berempat... aku duduk hujung dr pengerusi meeting keparat. Dia suh aku anjak dekat sikit... sengaja aku xnk duduk sblh dia... sbb aku dh sedia nk bg penampar pn. Dia mula bercakap je aku x pandang muka dia, pastu dia dok pandang aku... terus aku pandang x lepas... tahu dia nk takut. Dah dia rasa tergugat tu... aku pn pandang tpt lain sblm aku jd lbh marah. Dia bercakap meleret2, x bleh aku nk mencelah... aku biar dia abis ckp... so that aku bleh guna blk segala cakap dia tu utk serang dia. Elok je dia habis.. aku mula serang... memula nk gak dia jawab dgn jawapan bodoh dia tu... lebih rancak la aku serang... sampai dia terdiam tak terkata.

Last sekali... dengan terserlah wat a big jerk he is... dia suh aku amik company tu, dia nak kuar. Dia suh aku kuar dr ofis dia (ertikata lain = halau!) utk hari2 berikutnya. Pastu kalau company dh jalan, suh bayar segala duit yg dia dh keluarkan. Bila aku jawab.. dia terkejut. ayatku... "i don't want the company" dia tanya alasanku.. dia x berhak nk mempersoalkan keputusan aku... so aku ulang ayat yg sama setiap kali dia soal. Pastu dia suh aku bayar duit yg aku hutang company kalau aku nk tarik diri... KEPALA HOTAK DIA! dia yg hutang aku duit! Lagi la aku marah. Itu belum lg aku soal dia psl dia ckp kt staf yg dia ada bgku 5ribu (lagi sekali... KEPALA HOTAK DIA!). Aku perasan dia dh agak terperanjat dgn tindakan aku... for the 1st time i stood up for myself before him. itu baru aku bagi sikit... nk bg lebih takut tetiba kena strok lak. Lawyer yg ada dlm tu (yg sebenarnya berpihak pd aku tp xleh nk bersuara) mcm negotiator, cuba tenangkan aku dan director lg sorg yg dh nangis di sebelahku. Jantan keparat tu akhirnya bersuara... hujah bengong lg... dia setuju utk bayar semua yg tertunggak dan suruh aku amik company tu... ingat aku ni bodoh sgt ke???? kau nak bayar 50ribu suh aku amik company tu... npk sgt bakal ada masalah besar. aku tetap dgn pendirian aku ckp tak nak (nasib baik la ego aku agak tinggi)... pastu dia cuba nk jual mahal... "ok then, yg lain ada, boleh jalankan company ni" aku pn dgn selamba pusing ke director yg dok nangis sebelah ku.. "u want this company?". dia geleng. terus aku sambung "and i don't think any of the staffs want to be in this company" lagi dia terkejut... sbb selama ni dia ingat budak2 tu stay sbb dia... DORG STAY UTK SUPPORT AKU LA BANGANG!

Pastu dia suh kitorg yg berhentikan budak2 tu sbb dia nk amik blk company tu... aku jawab "u talk to them... i'm not going to do it" dh menggelabah.. dulu dia janji mcm2 kt budak2 tu, dan kononnya dia la yg plg baik. kalau dia ada msalah jantung.. dh lama nazak. lawyer tu pn cepat tangkap, terus tanya aku "u want me to call them in?" sblm sempat jantan tu jawab.. aku jawab "yes please" dgn pantas dia bgn... saja nk trap jantan tu. Akhirnya staf semua masuk... tgk muka kitorg... dorg dh tahu apa jd tp dorg mmg x sangka aku yg bersuara sedangkan yg menangis tu yg slalunya bersuara. Dr pagi aku dh pesan kt dorg... kalau ada peluang, cakap terus pd dia... ngadu kt aku, x guna sbb aku xde kuasa. Mengecewakan sbb hanya sorg je yg berani tp mmg dasyhat. kalau dia ada msalah jantung.. dua kali dia dh mati. Pastu nk membela diri, alih soalan kepadaku pdhal aku dh selesaikan persoalan tu sblm dorg masuk... aku hala balik pada dia... dh x terjawab. Setelah dia berikan janji2 pd budak2 tu... dia tangguhkan meeting setelah abang lawyer berjaya pujuk aku utk bermeeting lg utk aku berikan pertimbangan manage blk company tu. Aku org pertama keluar terus dr ofis dan dh x pandang belakang... artis aku dok tunggu kt luar, terkejut dia. sian lak... tp dia faham sbb sementara tunggu jantan tu msk ofis, dia la yg menghiburkan kitorg dgn petikan gitar dan suara sedapnya... lagu2 spontan yg berjaya ceriakan semua seketika sblm berperang. Thnx Alep.

On the way blk terima satu sms... kebetulan sgt. Aku call blk seorg kawan yg dh lama aku x hubungi, cuma bertemu semula seminggu lalu. Dia nak aku jd konsultan utk projek dia. Minggu lepas dia ada minta aku tolong dia siapkan paper utk projek dia... aku x sempat buat. Aku terus bgtau dia aku dh resign... terus ajak aku join dia. Aku pn x nak terburu2... so aku cadang nk freelance je... dia ada projek, aku tolong. Sbb aku dh berjanji dgn partner aku dan 2 org staf yg aku akan ikut dorg.

CEO aku ada berjumpa dgnku... ada juga borak di fon. Dia seorg yg berkecuali dlm hal ini sbb dia ada kepentingan di dalam syarikat lain bwh kuasa jantan tu. Aku faham. Dia mmg x boleh nk bersuara. Dia pn ada pujuk aku utk timbangkan semula keputusan aku sbb bila aku keluar, 6org lain turut keluar... company xde org nk manage... kalau bagi kt gundik diraja jantan tu, mmg lingkup la company sbb skill dia cuma bergesel je. CEO & lawyer tu pn x tahan tgk jantan tua tu dgn gundik dia kt ofis. Sian dorg... tp dorg pn ada ckp.. dorg akan tunggu 2 bln je lg... kalau jantan tu x paham2 nk settle masalah yg libatkan dorg, dorg akn tinggalkan company tu. Abg lawyer tu support kitorg... siap offer guna personal office dia kalau kitorg nk guna ofis. Terharu aku... dia je yg npk usaha kitorg.

Banyak dugaan aku sejak setahun kebelakangan ni... aku masih bertahan, aku masih bersabar... dan aku bersyukur sgt krn Tuhan bagi aku pengajaran hidup ini di usia aku yg masih muda... byk aku belajar dan banyak kelemahan aku yg diperbaiki. Jika ada dugaan lagi... aku rasa aku masih boleh hadapi. Seorang guruku pernah berpesan... "kalau kita gagal awal, banyak lagi masa untuk kita perbaiki hidup tapi kalau kita gagal di usia tua, belum tentu ada masa dan upaya untuk perbaiki keadaan..." Emak aku pernah kata benda yg sama tp ditambah " ...kalau boleh, janganlah gagal walaupun di usia muda". Bezanya kata seorang guru dan seorang ibu... ibu tak nak tgk anak bersusah atau bersedih. Tp sebagai anak, aku rasa susah dan sedih itu la yg ajar aku utk jadi anak yg baik. Jika hidup sentiasa mudah... kita jd alpa. Bila aku berdoa, pasti aku sebut "jadikanlah aku anak yang berguna yang dapat membahagiakan kedua ibu bapaku" . Aku tahu sukar nk menjadi anak yg soleh... sekurang2nya aku mahu jadi anak yg berguna yang buat mereka gembira. Mungkin Allah makbulkan doaku lalu memberi dugaan dlm hidupku utk mengajar aku mengenali sifat manusia dan menghargai apa yg ada padaku.

There are 2 sides to every story... i go thru one side, but i try to see what's on the other side.

No comments:

Post a Comment