Sunday, October 29, 2006

Sampai Menutup Mata

Aku suka banget sama lagu SAMPAI MENUTUP MATA...

Melodi yg mudah tp dapat feel dari awal... liriknya amat mudah, macam terus keluar dr hati tanpa ada improvisation atau pembetulan... Nyanyian oleh suara yang sederhana, mewujudkan feel tu. Kalau seorang seperti Siti Nurhaliza atau Kris Dayanti menyanyikan lagu ini... feelnya takkan sama. Suara mereka terlalu hebat utk lagu yg serba sederhana ini.

Bila ia sederhana... kita rasa ia mudah, ia direk, ia ringkas, ia jujur, ia tulus. Mudah dihayati. Suara yg hebat takkan mampu bawa semua feel itu. Buat pertama kalinya aku sedar yg suara biasa seperti Acha (yg dulu ku kutuk sbb x brp best) sebenarnya memainkan peranan besar dlm penyampaian lagu itu. Ketidaksempurnaan rupanya ada indahnya.

Lagu Melly mmg slalu simple tp impak mendalam. Sederhana. Mungkin kerana dia seorang sederhana. Dia bukan diva. dia pencipta lagu, tak perlu jd diva. Dia sederhana... dia biasa dgn benda yg mudah. Dia buat lagu dr dalam diri... bukan buat lagu utk sesuaikan dgn suara org. Lagu dia adalah dia seadanya... adalah dirinya.

Senandung lagu itu... luahan hati seorang perempuan yang terlalu mencintai dan ingin membahagiakan pasangannya lalu minta diberikan sedikit waktu supaya pasangannya dapat menikmati hidup bersamanya sebelum ajal menjemputnya pergi. Waktu... suatu benda yg subjektif nilainya... yg selalunya tidak dinilai, tidak menjadi suatu yg terlalu penting (ramai kata waktu itu plg penting tp realitinya tiada yg mementingkannya). Yang tiada nilai material. Dia meminta waktu... untuk pasangannya, bukan utk dirinya.

Yang menarik perhatianku dalam liriknya... seperti lirik kebanyakan lagu indonesia... pasti ada satu perkataan yg aku tak fahami. Dalam lirik ini... ialah perkataan "TIRAKAT". Setelah mencuba beberapa kamus online, perkataan ini tiddak didaftar. Aku search perkataan secara general.. keluar beberapa petikan... drpd petikan tersebut (ilmu agama dan ilmu ghaib).. aku fahami maksud terikat sebagai sesuatu usaha/cara/jalan yg tidak dilakukan dalam keadaan biasa (bkn yg org slalu buat) untuk mendapatkan sesuatu yg terbaik. So sebelum Cik Tang tanya aku apa maksudnya.. baik aku letak siap2 kt sini apa yg aku paham.

Aku ckp dgn M yg menemani ku sepanjang hari... aku bercakap ttg apa yg ku tulis di sini. Pendapat aku ttg lagu ini dan kenapa aku suka sgt lagu ini. Aku pn ada ckp soal penyanyi yg membawa lagu ini... Jika Siti Nurhaliza yg menyanyi... feel tak sama. Aku mahu Saerah yg menyanyi... kerana aku rasa dia sederhana dlm penyampaiannya dan sangat mudah utk dia feel lagu menyentuh hati sebegini. Kesederhanaan nyanyiannya ku rasakan kerana dia baru, ada rasa gugup, ada rasa rendah diri, tiada yg mengangkat dirinya terbaik, tiada tekanan untuk jd luar biasa. Dia hanya seorang yg biasa. Kakaknya mungkin memberi kesan mendalam dengan kekuatan vokal yg sukar diandingi yg masuk ke telinga, analisa di otak dan kemudian masuk ke hati.. tp dia memberi kesan krn kita dapat dengar di telinga dan terus masuk ke hati. Sophistication tu slalu kena lalu otak dulu... but when it's simple, u just know it.
Itu pendapat aku la... kalau org lain ckp lain, itu hak dia la kan.

Langsung tiada niat merendahkan diva itu (aku pn kagum giler dgn suara dia)... cuma bila 'almost perfection' telah menjadi kebiasaan, 'not so perfect' kadang2 menjadi sesuatu yg luar biasa. Dato Siti (DS) dh biasa membawakan lagu2 yg 'besar' dan 'gah' dicipta utk maksimumkan vocal range yg ada... kebiasaan sukar diubah, walau dikawal, adakala terlepas juga. Tp bukan aku ckp DS takleh bawa lagu ni... aku pasti ia mmg sedap didengar tp feelnya takkan sama. Lagu Cahaya Cinta kurasakan jujur dan sesederhana dirinya... tapi bila mendengar lagu itu... ada sesuatu yg menegaskan maksud... yg menyatakan adalah hak dia untuk dicintai.
Kalau nk dibandingkan.. jalan cerita Sampai Menutup Mata (SMM) dan Cahaya Cinta (CC)... mengenai seorg perempuan yg menunggu 'the one'.. susah untuk mencintai. tp kemudian dia dh jumpa lelaki tu... dh berjaya mencintai dgn sepenuh hati. Dlm SMM tiada keraguan, tulus, mudah dan dia hanya ingin membahagiakan laki tu (selfless= humble= sederhana). Dlm CC dia tiada keraguan akan cintanya, cintanya sukar tapi dia percaya, dia ingin bahagiakan lelaki itu, dia ingin laki itu turut bahagiakan dia. Sememangnya SMM cocok buatpenyanyi biasa dan CC cocok buat seorang Siti Nurhaliza... kerana itu dirinya... sederhana, yakin, tegas, berprinsip.

Ntah la aku pn dh pening nk pikir ayat utk explain pendapat aku sendiri supaya org tak salah erti maksud aku.. tp rasa mcm x berkesan je usahaku ni. hehehe. Kalau byk sgt org komplen.. ku delete je entry ni nanti.

No comments:

Post a Comment