Impian dan harapan...
Bg aku.. terlepas sudah episod dugaan hidup. Walaupun tak tahu apa kesudahannya... walau masih kabur hikmah yang dinanti... sudah berlalu waktu itu. Tiba masa untuk pandang ke depan. Mungkin pandangan berjerebu... terkadang dapat juga mengimbas yang jauh di depan sesudah hujan ribut. Biar tak jelas... biarlah aku terus jalan dalam kabus... mungkin akan menemui kawasan tak berjerebu di depan.. lebih baik dari duduk diam diselubungi jerebu, semput nafas, rosakkan kesihatan.
Aku ada teman yang mendengar, yang meringankan beban... terima kasih... Tuhan saja tahu betapa mereka yg mendengar itu sebenarnya telah banyak membantu. Luaran aku mungkin nampak tenang... dalam, selalunya tidaklah setenang itu. Terima kasih byk2.
LELAKI
Topik yang sering menjadi bualan bila bertemu teman baikku... lelaki dalam hidup kami. Dah berapa kali aku bertukar teman... hmmm... bukan aku jenis main2... aku rasa tak serasi.. xde gunanya teruskan. Aku mencari lelaki yang dalam mimpiku itu... tak pernah lihat wajahnya tapi aku tahu rasanya bila ada bersamanya... aku mencari rasa itu. Susah rupanya. Kini... aku jadikan teman... tak perlu lebih.. sekurang2nya berkekalan walau tak menjadi.
Perihal DA... aku masih konfius siapa dia sebenarnya. Hati dan otakku memang yakin dia menipu. Tapi aku masih tak puas selagi tak dapat tahu sebab penipuan itu. Adakah dia tahu aku sebelum jumpa? adakah kebetulan atau dirancang? Ragu2 tu muncul disebabkan kata2nya... menggunakan duit utk menarik perhatianku (sapa x tertarik dgn duit kan? :P) Bila dia tahu aku nak guna duit dia... punya la mengelak. Main tarik tali lak. Nasib baik la ku ni jenis bersabar. Aku masih nk lihat sejauh mana dia ni. Duit tu aku bukannya kisah sangat pn.. kalau dh terdesak, parents aku masih bleh bg duit kt aku... tujuan utama utk menguji. Ntah la. Terkadang rasa nk lempang2 je. Sabar.
Grey's Anatomy...
Favourite Show aku skrg! Baru tgk Season 3 Episode 4... Best! Mlm ni episod 5 ditayang kt US so dlm next week dpt la aku tgk. Menarik sgt citer musim ni.
S3 Ep04... (Cik Nah & Cik Cit jgn baca... tgk dulu vcd yg ku burn tu.. nanti potong mood)
Meredith pressure sbb kena pilih antara Doktor Orang (Derek) & Doktor Haiwan (Fin). Pastu apendiks dia sakit so nk kena buang... dh sakit tu, dorg bg la morfin. Time dia tgh lalok... memacam dia ckp yg buatkan org tahu perasaan sbnr dia. Addison pesan kt Derek jgn lukakan Meredith setelah Meredith yg lalok soal dia cmne dia tahu Derek tu "the one" masa dorg kawin dulu. Derek pn cm tergamam wife dia pesan gitu. Dia g tanya bos dia... bos dia yg br berpisah dgn bini dia ckp... dia mesti mencintai seseorg itu dgn sepenuhnya utk boleh lepaskan org itu kerana org itu akan lebih bahagia dgn org lain. So Derek pn decide nak tarik diri dr merebut Meredith sbb dia tahu Fin akan layannya bagai puteri. Lps tu Meredith terus buat keputusan... terus break up dgn Fin. Dia nk Derek gak walaupun dia tahu Derek akan kecewakan dia.
Addison lak serabut sbb bekas besfren suami dia a.k.a jerk a.k.a. stalker a.k.a. Dr McSteamy dia datang bekerja dkt hospital tu sbb nk dkt dgn dia. Suami dia (derek/ Dr McDreamy) mmg hangin giler kena kerja dgn mamat hampeh tu... tp dia x jeles pn la... rasa marah x hilang lg sbb dh dua kali kantoi bini dia ngan laki tu. Steve (exBF Izzie) dh jd intern bwh Dr McSteamy yg mmg hampeh. Akhir cerita.. Addison bg kata putus kt McSteamy jgn ganggu dia lg. Mc Steamy yg sememangnya hampeh g tido dgn Dr Callie (ex GF George/ besfren Izzie & Meredith)
Yg best dan menyentuh hati... ketika Izzie bertemu ayah tunangnya yg dia bunuh dulu (mercy killing la kirenye). Terharu dia. Last skali ayah dia tu bg satu sampul utk dgr voicemail terakhir anak dia yg bercerita psl Izzie. Dlm sampul tu juga ada cek atas nama Izzie dgn nilai 8.7 juta. Apa la dia nk buat dgn duit byk cmtu? Sian dia.. sayang sangat kt laki tu.
Dr Yang lak... sibuk dgn fisioterapi Dr Burke... sibuk suh Dr Burke bedah ayam kt umah. Sian Dr Burke. Tp dia ni jenis cool je... akhirnya Dr Yang pn tunjukkan sifat ambil berat dia. .. xdelah nk bercerai berai cm org lain.
Tak sabar nk tgk Meredith bgtau Derek/McDreamy pasal keputusan dia clash dgn Fin. Tak sabar nk tau Izzie akan jd doktor semula ke tak. Tak sabar nk tgk McSteamy kena lempang dgn sesapa saja.
BIRTHDAY WISH
HAPPY BIRTHDAY NYSSA ...
Semoga membesar menjadi anak yang buat Ibu dan Abah happy dan bangga.
Dah besar dah budak ni.. dh boleh jaga adik2.
Seronok menghadiri partinya.. ramai budak2.. aksi2 comel mereka buat org ketawa. Yang aku pelik... Mak S dan Ayah K nya... bagi bunga sejambak?? mana la dorg dpt idea beli bunga utk budak 9 thn?
Thursday, October 19, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment