Tuesday, August 01, 2006

Wedding

Wedding..

Aku ada baca emel2 fans yang meluah rasa mengenai wedding Puteri yang dorg sayangi tu. Bg fans, lebih 10 tahun dia menjadi sebahagian hidup mereka... setiap perkara penting berlaku dlm hidup dia, mereka lah yang ambil berat... bila terasa dia nk rebah, dorg datang papah... bila bimbang dia tergelincir, berpusu2 semua mengeringkan lantai tampat yg bakal dipijak.

Dia dh menjadi anak yang x pernah dikenali tp disayangi, dh jadi adik dan kakak yang tak pernah bermesra namun terasa kemesraan, dh jadi cucu yg tak pernah perlu dileteri namun membuatkan nenek2 dan atok2 berbangga. Dialah ahli keluarga yang menjadi kebanggaan setiap insan yang meminati, mengagumi dan mengikuti.

Bila dia buat keputusan untuk berkahwin.. seperti biasa, org yg dh menganggapnya sebahagian keluarga akan terasa sedih, sebak krn nk melepaskan ahli keluarga yg disayangi... takut tak dapat lg rasa mesra itu, takut dia lupa keluarga ini bila dh sibuk dgn keluarganya. Walaupun susah.. mmg kita terpaksa lepaskan... itu hidup dia.

Cukuplah dia dh menjadi ahli keluarga yg baik dan x pernah menghampakan. Kali ini, kita sokong la dia sebagaimana kita mengelap jalannya yang licin dulu. Setiap perkara tu ada hikmahnya. Dh tertulis suratan... ini jodohnya. Apa yang nak diluah sudah diluah, yang nak diusaha, sudah diusaha... jodohnya tetap sama. Yang berlaku kelak, dia sendiri yang akan tentukan.. dia mahu bahagia, dia akan usaha ke arah itu. Kita cuma memerhati dr jauh... memberikan sokongan, memberi semangat. Biar dia layari hidup seperti yang diidamkan. Baik buruk.. dia yang akan terima, bukan kita yang menanggung untuknya.

Tapi mmg sedih kan... aku pn terasa sebaknya. Dh x mcm dulu lg.. dulu boleh gurau2, main2, tp sekarang dah kurang suasana sebegitu. Dah jd lebih matang. Dulu ada saja yg dicerita.. sekarang susah betul nak dgr dia cerita panjang. Namun dia tetap seorang yang baik seperti dulu. Aku akan ingat sampai bila2 kebaikan dia.

...
Bila berjalan bersamanya, bila aku tertinggal di blkg, dia akn panggil & tunggu. Bila makan, dia akan pastikan aku punya order tu betul2 waiter dh tulis. Bila aku letih, dia dh nampak sblm org lain nampak. Bila makan/minum mmg dia tak kisah malah selalu makan sepinggan dan minum segelas. Bila shopping, dia akan tanya pendapat utk yakinkan diri membeli. Bila ada movie seram, dia yang plg beriya nk tgk... dan bila tgk, dia dulu yg melompat terkejut. Bila beli barang bersamanya... bila ada peminat yg nak bergambar, aku slalu amik kesempatan suh org kedai tu bg barang lebih atau diskaun lebih... bila dh selesai & nk bayar, dia akan pelik sbb barang terlebih/harga murah sket. Bila berjalan, dia la plg laju sampai letih aku nk ikut. Bila drive.. bagai nk luruh jantungku sampai terpaksa tipu kereta bleh meletup dia drive cmtu! Bila dlm sunyi aku bersuara bercakap mengenai sesuatu mengenai hidup... keluar ayat2 bernas, ayat2 nasihat yang berkaitan. Bila dia tak faham atau tak tahu... dia akan tanya ku tanpa rasa segan. Bila rahsia dia terbuka... dia senyum, aku senyum... sama2 faham sendiri, tak perlu aku menanya, x perlu dia jawab. Kadang2 bila xde org, dia akan ceritakan rahsianya. Bila dia x selesa dgn seseorang dia akan beritahuku dgn pandangan matanya... dan kalau aku lambat tangkap maksudnya, dia akan datang berbisik. Bila dia memberikan sesuatu/ buat sesuatu yg buat org terharu... dia akan buat dekkk je konon2 bkn dia yg bagi/buat. Bila dia menonton rancangan fantasi... dia akan bercerita mengenai fantasinya. Bila bersukan, dia suka pakai kasut feveretnya walaupun x sesuai... bila kasut terpelanting tinggi, dia akan malu dan keluar padang hehehe.

Mcm2 lg yang buat kita senang dgn org sepertinya. Sbb tu la aku terasa sebak... mungkin takkan ada lagi benda2 sebegini nanti. Sudah hidup dlm dunia korporat.. ada etika, ada protokol. Apa pun.. aku doakan dia bahagia dgn jalan yg telah dipilih. InsyaAllah.
.....

Aku tgh cari baju utk hadiri majlisnya... ntah kt mana baju2 yg ikut kaler tema tu! Majlis lg satu tu ku dh jumpa bajunya.. majlis yg penting ni, ntah la. Nanti la ku selongkar segala isi rumah ni.

No comments:

Post a Comment