Thursday, April 27, 2006

Umrah report

UMRAH

Travelling betul2 memenatkan.. transit la, singgah la. Chennai, Bombay, Hydrebad, Jeddah. Sampai je.. ada problem. Aku dh la letih 18 jam travel. Mcm2 alasan rupanya lain lak cerita di sebaliknya. Aku yg dh x tahan menahan rasa... dh satu hari aku keletihan, menahan rasa x puas hati, kunci mulut dr melawan kata, kunci mulut dr marah org, menahan rasa kecewa... hanya berdiam sehingga la sampai satu saat aku dh tak tahan... airmata mengalir dgn laju tak berhenti. 10 minit aku nangis, x ckp apa2, hanya nangis mengeluarkan apa yg terbuku melalui airmata. Lps tu ada yg offer bantuan... sedikit bantuan namun amat berkesan menenangkan aku. Aku hanya berdiam.. tak mahu kata2 membinasa... itu tanah haram, tak mahu berkata2 sembarangan. Kalau ikutkn keadaan biasa, mmg aku dh telefon maki hamun, dah campak beg, dh pecahkan cermin kereta tepi jln tu... sbb aku dh tanamkan dlm diri utk bersabar... maka aku bersabar. Sepatah kata buruk pn x keluar dr mulutku. Parentsku mmg dh call Malaysia marah2... ada la setgh jam. Aku diam saja... setelah lebih kurang 2 jam... settle. Dh dpt berehat. Masalah dilupakan. Mula blk dgn hati yg tenang. Maybe ada dosa kitorg, maybe ini satu dugaan. Terima dgn hati terbuka.

Masuk waktu Zuhur... buat pertama kali mengunjungi masjid nabawi. Indahnya. tenangnya. Rasa seronok berada di sana. Setelah sekian lama tidak membaca Quran... setiap kali sblm waktu solat, ku pergi awal utk membaca. 2.30ptg pertama kali menjejakkan kaki di Rhaudhah.. taman syurga. Masuk je.. aku memberi salam, beroda, menyampaikan salam cik Nah kpd Rasulullah (hanya dia seorg yg kirim salam). aku masuk lg dlm sikit utk sembahyang di tgh kesesakan manusia... airmata mengalir, tiba2 timbul rasa sayang. Istimewanya Nabi kita... aku yg tak mengenali boleh mengalirkan airmata krn rindu dan sayang. Di situ tempat doa plg baik... aku doakan semua yg ku sayang dan semua yg bererti dlm hidupku. Kwn lama yg sudah terputus juga ku doakan. Ku ada doakan utk KS krn dia kirimkan doanya berkali-kali. lps asar, Hafiz seorg pelajar Msia bawa kami ber4 ziarah sekitar Madinah.. melihat bukit Uhud.. lubang tpt nabi jatuh dan gua tpt persembunyian ketika perang yg bersejarah itu. Kemudian ke atas sebuah bukit utk melihat pemandangan kota madinah... cantik. kelihatan masjid nabawi di kejauhan. Di situ tpt org sana berhibur bersama keluarga... piknik. Kemudian dibawa ke kawasan universitinya dan uni perempuan yg terdapat polis yg mengawal di luar.. sering berlaku kes pelajar diculik, dirogol dan dibunuh walaupun hukuman utk jenayah itu adalah pancung. Nafsu manusia.

Jumaat.. 4pagi bgn subuh. 7.30pg ke Raudhah utk ucap selamat tinggal. Rasa sebak la juga.. tp sbb sekejap sgt kt situ tak berapa rasa sgt. menurut Hafiz... pelajar2 slalu rindu pd masjid Nabawi berbanding masjidil haram. Menurutnya... setiap org Islam dicipta utk cintakan Madinah. Mmg mudah utk jatuh cinta pd kota itu... tenang, bersih, suci. 9 pagi bertolak ke Mekah... pelik.. kenapa tak tunggu lps solat Jumaat. Tp semua yg x puas hati kunci mulut sbb nk jaga tutur agar tidak menjurus kpd keadaan yg buruk. Sekadar ikut. Akibatnya perjalan yg sepatutnya ambil masa 5 jam... jadi 13jam. sekali berhenti sbb tayar pecah, kedua utk zuhur n makan, sekali lg krn radiator rosak... lebih sejam di tgh pdg pasir yg panas. Maybe ada dosa kitorg, maybe ini satu dugaan. Terima dgn hati terbuka.

10 mlm sampai ke Mekah.. masuk bilik, bersiap utk menunaikan umrah. Nenekku sudah keletihan, ihram sampai esok pagi. Kami bertiga umrah jam 11.30 mlm. Pengalaman baru.. agak kekok, agak blur gak tp Alhamdulillah dpt sempurnakan. 1am setelah tahalul, terbit rasa ingin melihat hajr aswad. Aku ajak Abah masuk di tgh ramai (sentiasa ramai.. tak kira waktu). Sedang berjalan menuju, aku berdoa mudahkan, bukakan jln utkku. Aku masuk, dan biasalah, kena himpit dgn org turki yg besar2. tp sekejap saja aku dh dpt cium batu itu. Aku keluar dan menunggu bapaku yg menyusul kemudian. Berjln blk menuju ke tangga masjid menemui Mama... tiba2 darah mengalir keluar dr hidung... banyak sekali. Abis sepeket tisu. Setelah ku sejukkan hidungku dgn air zamzam, darah mula berhenti. 1.30am ke hotel bersihkan diri & tido. Esoknya lps zohor hidungku darah lg. Panas aggaknya. suhu masa tu baru 34*c

Hari2 berikutnya seperti rutin... solat, makan, shopping,tido. Lebih byk tido. lakukan 3 lagi umrah. dan hari yg x buat umrah.. tawaf sunat antara maghrib &isyak dpt 4 kali. pengalam umrahku .. tgh mlm, tghari, mlm & petang slps asar (cuaca panas namun tawaf di hijr Ismail je, terasa mcm ada aircond... burung2 tawaf di atas). Mlm jumaat ku bacakan yasin pd air zamzam utk doa yg KS pesan. Mudah2an air itu dan doaku memberi sedikit kesan. Setiap hari di sana aku guna satu tasbih... utk mengisi waktu krn kami slalu awal di masjid. 7 tasbih saja utk rakan2ku. 1 tasbih terakhir ku guna 3 hari berturut2 krn dh xnk beli lain sbb malas nk berurusan dgn peniaga di sana yg agak terserlah kegatalan.

Aku mmg x bawa duit ke sana. Mama bgku 50 sbg spare kalau nk beli makan ke apa2. Aku xde nafsu nk shopping walaupun dlm keadaan biasa brg2 tu aku mmg akn beli byk. Tp aku sempat beli Jam Guess.. sib baik aku bwk kad kredit. Sampai dh akhir Mama tgk begku hanya terisi separuh dgn baju2 yg kubawa, dia suh gak ku beli brg utk kwn2 (sib baik la mak ku ada.. kalau x sian lak kwn2 yg rindu dkt ku x dpt apa2 hehehe). Time beli brg2 ku.. mak ku sempat terjatuh cinta dgn karpet. Abah pernah belikannya karpet jenis sama di Msia dgn harga rm2,200.. kt sana rm450... hampir2 beli 2 bidang.. aku pn heran mana dia nk letak. Tp mmg cantik.

Aku juga sempat kunjungi saudara maraku di sana. tp rasa x sedap hati sbb x dpt dok lama. Hanya sempat pergi 2 rumah.. lg satu terpaksa menolak. Dorg ni mmg baik giler. Mmg sgt hargai tetamu... rasa best lak. rasa cm nk terima jemputan utk tido satu mlm di rumah atas bukit yg telah buat nenek aku lelah tu. Pertama kali jumpa namun begitu mesra. waktu pulang, mcm hadiah dorg bg. Patutlah murah rezki.

Hari Ahad, saudaraku dtg ke hotel. Menjenguk keadaan. Isnin, seorg sedara lg dtg utk ucap selamat tinggal. Walaupun dilahirkan dan membesar di sana... lelaki itu peminat setia Siti Nurhaliza. Dlm keretanya berkumandang lagu2nya. Katanya setelah mendengar suaranya, melihat peribadinya, dia minat... slalu berdoa supaya diva itu sampai ke sana agar dia boleh lihat sendiri. Setahun kemudian muncul diva itu di sana dan dia berkesempatan bersua dan bergambar. Alangkah gembiranya, sampai hari ini, dia masih dgn kegembiraan itu. Kalau aku tahu, mmg aku bwk CD utknya. Lain kali mungkin.


Perjalanan blk.. meletihkan. Dan bosan transit begitu lama. Dh la xde duit rupee & duit USD semua dh abis digunakan. Sib baik ada kredit kad.. leh surf internet jap.

Aku ke sana utk mencari diri, memahami hikmah dan ilmu... aku rasa aku dpt byk juga. Melihat agamaku, umat2 Rasulullah SAW yg lain... aku mula faham perbezaan yg ada, dan persamaan yg menyatukan. berbeza bahasa, namun faham. Aku faham erti kesederhanaan, aku boleh memahami & menghormati penganut agama lain... FAITH is what they have. Faith is what we all have. Manusia berbeza, pemikiran lain... kepercayaan pn lain. Terpulang pd masing2... tiada yg perlu dipandang hina. Sewaktu Sa'i.. aku bergenang airmata insaf dan keinginan yg amat dlm wujud utk melakukan pengorbanan yg sama satu hari nanti. Aku terlalu ingin, aku doa supaya aku diberikan peluang itu. Hampir menagis. Aku juga lihat jenazah yg keluar setiap kali selesai solat. 2 kali aku melihat ayah mendukung jenazah anak kecilnya... sebak yg teramat sgt.
Apa yg buruk telah berlaku... ia satu ujian, satu pembalasan atas dosa. Yg baik itu, satu ganjaran yg diberi, doa yg dimakbul. Ada hikmah di sblk kejadian dan aku tahu, ada yg mengalami nasib lebih teruk. Alhamdulillah atas apa telah kami perolehi.

Byk lg hendak ku cerita.. namun kata x dpt meluahkan seluruh rasa, otak x dpt menterjemahkan semua walau setinggi tahap pemikiran. Ia wujud dlm jiwa, wujud dlm hati.. utk disimpan di sana, utk dirasai tuan empunya tanpa dpt dikongsi sebetulnya maksud sebenar.

No comments:

Post a Comment