Futsal, Futsal lagi, lagi2 Futsal!
1 april 2006
Kul 2 ptg blk keje... lepak di rumah, rehat. Kul 6 ke rumah cik nah. Dorg tgh melayan vcd KTJC ku... baru la korg merasa penangan Gina tu. Cik Sut sampai ke hari ni masih dihantui bayang si Gina. hahaha. Aku sempat gak melayan sambil Cik Nah berikan kejutan letrik pd kaki dan tanganku dgn alat barunya... 30 minit aku biar letrik mengalir dlm badanku... sakit la jugak (esoknya tgn kananku terus kejang n lebam2).
Konsert Maulidur Rasul... Permulaannya agak bosan... yang menarik adalah mee goreng yg KS masak dan bekalkan bersama ole2 dr Jepun. So bermulalah sesi berpiknik di tpt duduk bhg tepi stadium. Semua yg ada di situ seronok dpt merasa masakan KS. Aku dapatlah makan 2 suap (lebih 20 org makan!). Ole2 jepun pn ku edarkan bg semua merasa. Dh selesai sesi piknik, menghayati persembahan... bila dh akhir... lebih byk nilai yg boleh dihayati, membangkitkan keinsafan dan kesyukuran.
Lps konsert ke Pelaga... supper. Pastu blk.
2 April
Kerja... kul 5 aku dh blk sbb x thn sakit senggugut. Dah 3 hari aku makan ubat n dok minum coke n air nenas... tu yg kena teruk. Mak aku yg suruh... aku pn buat la. Lgpun xkn aku nk tahan sampai blk dr umrah... takut tak tertahan je. (sesapa yg pesan kt aku suh doa tu... tlg la buatkan note.. aku ni kan pelupa, aku mmg ikhlas nk doakan, tp takut tak ingat semuanya).
Balik umah, aku telan ubat, amik hot water bag... selimut baring.. ada la plak citer hindustan! Tetiba rasa nk layan.. so layan dlm lalok. pastu cm dh segar sket... ke rumah KI. Layan 3 anaknya... makan nasi (aku siap tambah... walaupun aku mmg jarang sgt makan 2 pinggan). Khalid punya la byk bercerita... tak terlayan. Sebutan "babyee.." khalid ala2 mat saleh... sedap dgr. Bertolak ke Futsal.
Rasa nk termuntah pn ada... selang sehari main futsal. X sempat nk rehat betul2 dh main blk. Semua gara2 geng selebriti nk berlatih utk FMI. Smlm plg best.. terserlah ke'terer'an Serina... ditambah dgn pemain yg baru join training smlm, Shira. Aku pn x brp sure dia ni artis apa... pelakon kot sbb dia baru blk shooting dgn mekap yg x sempat ditanggalkan. Muka npk familiar tp xleh nk recall mana aku tgk dia sblm ni. Aku pn jarang tgk tv so x brp tau artis2 baru. FD Bertahta Di Hati akhirnya main! Dan setelah 15 minit, kembali cedera. hehehe. Biasalah... baru mula mmg la akan sakit2. Namun dia masih x byk ckp.. masih ku anggap sombong. Tp kalau tgk dia main... kira ada gak la skill sket.
Peristiwa kelakar... Farouk yg mmg terkenal dgn perangai yg suka ngacau perempuan lawa, telah memperuntukkan sepenuh perhatian di pitch pd serina. Aku yg sepasukan dgn serina mmg perasan la sbb aku nk pas kt dia punya la susah... lps tu mula la gaduh2 manja2 dorg. Dan nama manja Farouk yg diberi Serina..."KEROPOK" (manja la sangat! kahkahkah!). Kisahnya masa Serina dikawal oleh keropok dgn baiknya... dia dh hilang kesabaran asyik terlepas bola... lalu dia mengangkat keropok seolah mengalih kedudukan tiang dan mengubah kedudukan keropok.. dan dptlah dia mengambil bola setelah keropok tetiba terasa berada dlm posisi lain dan menjadi konfius.
Aku cedera di pinggang setelah menjadi benteng menghalang rembatan Shira. Aku nk balas rembatan cm x sampai hati.. kang tercedera, terhenjut2 masa perarakan FMI lak. Mudd tercedera teruk di akhir permainan. Aku pn tak perasan apa jd.. tgk2 dia dh terlentang dpn gol, xleh bgn. Aku berehat di sesi terakhir... Z (yg kumpulan KOOL tu... aku minat giler dia dulu2), dtg duduk di sebelahku. Bosan agaknya sbb dh xleh bermain sbb tercedera. Dia cuba berborak... tp cm susah je dia. setelah 2-3 cubaan borak takleh dipanjangkan, aku bantulah memanjangkan sesi borak. Boleh pn bercakap! Dia pun mula la bercerita. Tp kejap je la sbb lps tu semua dh keluar dr pitch dan mengangganggu ketenteraman dan tibalah sesi kak juli menjadi ceti di tepi pitch. hehehe.
Lps tu dorg ajak melepak di Suzi's... slalu aku nk ke sana dorg mesti nk ke Havena tp mlm smlm dpt ke suzi's setelah sekian lama. Ingat nk singgah kejap je. Bila Serina dh mula bercerita, lupa waktu berlalu... sakit gak rahang ku mendengarnya... aku x pernah jumpa org yg boleh bercerita sehebatnya. Penuh selamba dan real. Diselit dgn bbrp iklan seolah otaknya tu boleh berfikir 3-4 benda dlm satu masa dan dia sgt peka dgn persekitaran. FD pn agak ternganga mendengar kisah 'ngeri' yg buat aku geli hati tu.
Nyata FD mmg x byk berckp, cuma sesekali menyampuk menokok citer kwnnya itu. FD mmg style anak org kaya yg susah nk bergaul sgt. Utk bersikap positif.. aku anggap dia lebih byk berdiam sbb dia seorg artis, dan dr apa yg dia ckp ketika sesi buat ketupat... artis perlu mengcover. So aku rasa mmg dia ni jenis cover sbb ada org yg dia x pernah kenal. Aku plg suka sesi buat ketupat dorg... gelak besar aku lihat gaya dorg meniru aksi seorang artis perempuan yg baru menang anugerah aritu.
Sedar je... dh dkt kul 3 pagi. Stlh 2-3 kali "jom balik" barulah semua bangun utk beredar. 3.30pagi aku sampai umah.
3 april
9.30 pagi bosku dh call suh aku g keja awal sket sbb kereta dia rosak (aku slalu masuk lambat). Hari ni aku cm segan lak nk blk awal... sbb dh 4 hari berturut2 aku ngular dgn support bosku. So ari ni aku bg can dia ngular lak... aku ckp kt dia aku nk tukar ari ngularku ke ari rabu. Dia ok je. Tpt keje ku internet problem lak... bosan giler, xde bende nk buat.
Bosku dh mula dpt tawaran dr bbrp syarikat lain. Aku blum bersedia utk meng'available'kan diri utk menerima tawaran syarikat lain walaupun aku tahu dorg sanggup bayar lebih. Biar aku relax di sini.. aku bknnya xde plan... aku tetap bersama syarikat sbb di sini aku ada ruang dan sedikit masa utk merancang masa depanku. Bila dh sedia segala perancangan, aku akan undurkan diri. Bosku, rakan sekerjaku, TSB... masing2 tgh merancang masa depan... masing2 memikirkan perkara yg sama. Masing2 mengambil tindakan yg sama tanpa dirancang pun... sedar2 rupanya semua tgh atur rencana. Dan ada kemungkinan kami bertiga akan bergabung. Kita tunggu dan lihat. Tp sbg profesional.. selagi kami masih bersama syarikat ini, kami buat kerja kami... walaupun mengular, kerja tetap diselesaikan dulu. Dlm ngular, ada gak ketika hari cuti, bergegas ke tpt kerja bila ada masalah... tak perlu berkira krn itu kerja kita. Kalau ikutkan dh brp kali aku menjenguk kerja ketika cuti... kalau2 ada yg perlu diselesaikan segera. Setiap hari cuti... pasti menerima panggilan dr tpt kerja utk selesaikan masalah. Kadang melalui fon, kadang2 terus ke tpt kerja, kdg2 ke kilang awal pagi utk buat kerja yg mmg aku tak perlu buat dan mmg x sepatutnya buat. Setiap minggu perlu bertekak dgn pengurusan supaya mereka buat kerja mereka (aku pn pelik kenapa org atas tak kawal dorg ni!)... sampai rasa give-up sbb kita lak yg tlg jalankan company tu... kita lak yg kena gerakkan org2 yg kt pejabat. Mcm segalanya bergantung pd kami. Sekali tarik, sekali jalan. Tak larat nk tarik dah rasanya.
TSB seorg yg berpengalaman... amat susah dapat kepercayaannya. Bila dia berkongsi perancangannya dgnku... aku tahu aku ada sesuatu yg bernilai dan aku telah berjaya membuktikan diriku pdnya krn dulu dia sering mengujiku, memperlekehkan ilmuku... kini dia sendiri mengakui dlm diam, aku ada kelebihanku. Dari pesaing, menjadi kawan yg berkongsi ilmu. Dia ada pengalaman, aku ada ijazah. Namun, seperti yg aku kata... ilmu tu di mana2, tak semestinya aku dpt lebih sbb ke universiti. Aku merendah diri, bertanya apa yg aku x tahu... akhirnya org yg jarang mengajar itu, terbuka hati utk memberi tunjuk ajar. Aku pula jenis yg suka bila org bertanya... aku akan jawab sebolehnya. Staf2 yg baru bekerja, kalau dorg betul2 ikhlas nk menuntut ilmu/kerja... mereka xkn buta, mereka akn npk aku dgn terbukanya nk kongsi ilmu. Ada beberapa org yg npk dan ada juga yg leka... jasad bekerja tapi hati entah ke mana (aku plg jelek dgn org mcm ni). Kalau kau x reti, tp ada niat nk belajar... aku akan ajar sampai kau reti, sampai kau boleh berfikir lebih drku walaupun aku tahu ilmuku tak sehebat mana.
Dlm ramai2 staf yg bekerja sementara menanti result/ bercuti dr belajar... aku seronok melihat SK. Seorg lelaki cina... bila aku tgk dia... aku npk seorg yg jujur, ikhlas dan sangat 'real'. Dia budak yg pandai... soalannya sentiasa membuat aku berfikir. Aku mengajar dia dan pelajari benda baru dr soalan2nya. Dan plg buat aku rasa nak mengamuk... bdk melayu bernama S. Bila aku berckp, otaknya ntah ke mana, hatinya ntah ke mana. Setiap hari aku menahan rasa nk melempang dia. Aku dh suruh bosku pecat dia... dia lak pandai merayu. Bab2 menipu n putar belit... dialah plg hebat. Tp ilmu hidup belum cukup.. aku lebih dulu hidup dr dia... segala muslihat dia tu dah aku tahu selok beloknya. Yg bestnya... dh kantoi pn, masih guna taktik sama... betapa ignorant! Antara manusia plg BODOH pernah aku jumpa. Tp org plg bodoh pun boleh beri kita ilmu sbnrnya... krn org sebegini yg menjadi nilai pengukur sifat manusia. Org sebegini yg mengajarku erti kesabaran.
Bukanlah nk kata ku ni hebat... bukanlah nk kata aku ni serba tahu. Cuma aku rasa ilmu tu penting. Janganlah manja sangat... menanti segalanya disuap. Bkn selamanya kita di atas, bukan selamanya kita senang. Aku malu... kaum2 lain mempertikaikan hak kaumku. Jika mahu hak itu, kerjalah untuk kekalkannya sebagai hak dgn cara terhormat dan jgn anggap ia sbg hak mutlak sehingga melalaikan, mengabaikan peranan dan terus sembunyi di sebalik topeng bangsa dan agama.
Monday, April 03, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment