K, Futsal & ...
Last week... akhirnya akuada masa utk jenguk Khalid. Terlebih manja lak dia... mungkin sbb dh sebulan x jumpa... dh 2 kali demam, baru jumpa. Sebulan tu rasanya cm kejap je... aku pn pelik apsal dia x baik2 demam... rerupanya demam nak bercakap! Tak berenti dia bercerita... dh jelas tuturnya walaupun ada sesetgh perkataan yg masih terbelit. Perkataan baru yg aku ckp, yg dia x pernah dgr... pasti dia ulang. Aku perasan dia sedang simpan segala perkataan tu dlm memori dia. Dh pandai demand, dh kenal jln ke kedai.. aku buat2 salah masuk jln dia dh bising x puas hati. Dh tahu jln balik rumah... bila dkt je kwsn rumah aku kena pujuk dulu supaya dia rasa nk blk. Kalau x dpt persetujuan utk balik umah... terlompat2 memberontak. Aku nk blk umah pn nk ikut... alasan dia nk g kedai pdhal aku tau dia mmg suka jln2. Nangis2 nk ikut gak... layankan lagi bg dia puas hati, ayatkan (bukan jampi) sikit supaya dia akan setuju dok rumah dgn tenangnya.
Smlm seperti biasa Futsal Monday. Sampai je aku cm ter'culture shock' jap sbb ada selebriti JA. Cm segan lak nk main... bila tgk dorg bertungkus lumus warm up selama 15 minit sedangkan kitorg dok main2 n buat lawak. Aku pn x tau penyanyi 'bertakhta di hati', FD pn bermain sama (sori la, aku kenal suara je... org aku x kenal) sehinggalah diberitahu masa sesi lepak. FD pn x lama main... ada la dlm 5 minit sbb dh tercedera sbb warm-up sampai abis tenaga. Lps tu bg can laki lak main. Tetiba muncul hero gerak khas yg terus masuk pitch utk bermain dan mulalah yg perempuan2 di luar melekat kt tepi net (tak termasuk aku yg buat2 x perasan walaupun aku suka tgk dia). Pastu ada lg artis yg dtg.. aku pn x perasan. Di akhir waktu.. kitorg main sesama kitorg... best! Team aku menang 11-3! Tensen Cik Sut. Top scorer semestinya Cik Cit yg tetiba skil rembat shaolinnya terserlah sbb masih berbaki bengang dgn mamat yg tlh mencederakannya di pusingan awal. Aku pn x melepaskan peluang menjaringkan 3 gol dan melakukan aksi riak ala 'rockstar' meraikan gol2ku. Rasa best main. Maybe sbb Coach xde kot... kalau dia ada, pressure n tension kepala otakku sampai mood nk main tinggal separuh sbb dh tak enjoy asyik kena ikut skema yg telah ditetapkan (maybe berkesan bg org lain tp bgku... lg teruk permainanku). Aku happy, aku akan main dgn baik... kalau jatuhkan mood aku sikit, mmg hampeh la aku main. Aku Capricorn, nak buat apa kena rasa suka dgn benda tu & tak suka diarah. Satu sifat baikku.. aku x tunjuk sbb nk jaga hati n kena hormat. Kalau aku tunjuk, maknanya itulah kali terakhir aku join main sbb dh sabar lebih dr tahap maksima. Bkn aku xleh terima teguran... cuma kdg2 cara menegur tu kena betul. Tegur aku setakat ni xde la teruk mana. Aku tgk teguran pd bbrp org lain tu agak terover sikit dgn rasa hormat yg terkikis sedikit. Aku pn paham kekdg emosi tu susah nk dikawal... xleh nk salahkan sgt la dlm bab ni sbb lain org, lain jiwanya.
Aku rasa players lain lebih emo drku... pandai sorokkan. Tp bila teguran dh dijadikan bhn sindiran.. aku tau ada yg x puas hati. Masing2 paham dlm diam. Semua diam dgn sbb yg agak sama. Xnk gugat team. Nk berikn kedudukan pd org itu agar bila suatu masa nanti kita semua rasa ragu/serba salah/selisih faham atau yg sewaktu dgnnya... akn ada org yg mempunyai suara veto yg akan menghentikannya tanpa perlu dipanjangkan sbb dia jenis ckp guna penapis yg tak berapa berkesan nk menapis. At least, itu yg aku fikir. Actually kalau difikir balik... ada advantagenya walaupun kita tak puas hati ke apa. Kiranya dia ni dh diletakkan sbg penyelamat jika keadaan kritikal (kalau dia x terlibat sama dlm ke'kritikal'an itu la).
Tp yg bestnya... benda2 ni hanya terasa bila ada futsal. Kalau jumpa biasa2, dh kamceng giler cm xde bende berlaku. Ini kot yg org kata profesional? Apa2pn... aku rasa semuanya kwn yg baik. masing2 support antara satu sama lain. It's a nice feeling.
KTJC
Setelah menyeksa Cik Sut yg kangen dgn Gina... akhirnya aku serahkan juga vcd tu pdnya. Ari ni dia sempat komen geram tgk Gina 'amik feel' utk minum jus. Hahaha! bila dia sebut je amik feel, aku terus teringat KS yg suka 'amik feel' sblm buat sesuatu... setiap kali aku dgr citer 'amik feel' ku mesti tergelak. So dllm kepala otakku td dok compare Gina n KS 'amik feel'... Lg la aku tergelak! Aku dok bayangkan KS amik feel cm Gina walaupun ku tahu KS amik feel cara lain sbnrnya. Aku teringin nk tgk KS tiru Gina... kalau dia bleh tiru, konpem dialah pelakon terbaik M'sia walaupun aku x pernah tgk filemnya yg separuh siap tu.
Sebut psl terbaik... KS juga akan menaiki carta vokal dan persembahan pilihanku dr tangga ke-6 ke tempat kedua (Kelly always top of the list! :) sorry x dpt nk bg jd juara cartaku) kalau dia dapat menyanyi lagu rock (bkn balada) Kelly Clarkson dgn baik.. maknanya bkn dgn penuh lembut dan sopan santun tapi dgn penuh tenaga dan gaya. Setakat ini aku masih blum boleh imagine cmne... so aku harap akn dpt tgk. Aku dh bleh bayangkan dia pakai jeans dgn boots (boleh dikira konsep rock la gak sbb leather)... tp sanggupkah dia tinggalkan baju shownya dn memkai T & jeans utk show.. dgn mekap yg minima? dgn rambut rockstar? Tp kalau dh nama performer... aku tak rasa impossible. Segan kena buang tepi la. Kalau segan... well, u'll never climb up my chart. Tp disbbkn dia dh jd juara carta byk org, so aku rasa dia pn dh puas hati. Yg aku pasti dan seyakinnya pasti... carta cik cit mmg KS di tangga pertama hingga ke-3 walaupun Celine Dion/ Mariah Carey tetiba ter'discover' bakat nyanyi dan menari lagu melayu tradisional yg hebat giler. Kahkahkah. Tak kisah lah sbb Cik Cit pun senarai top 3 (kalau bkn juara carta la)org kepercayaan KS.. (teringat lak aritu ku terbaca gosip... org ingat cik cit kakak ipar KS! Sampai ke hari ni org x tau kebenarannya kahkahkah!)
k la dh 5.20AM... Nampak gayanya esok aku akn terlpeas Tayangan perdana GUBRA di KLCC. Kenapalah org suka buat preview pepagi? Aku lebih rela layan bantal dan selimut kalau pepagi. Lgpn Cik Cit yg kena attend n xleh nk ngular sbb SU Bos dia jd pengawal dia. So kalau aku pergi... nanti dia kena blk ofis.. dh tinggal aku sorg. Dh la skandalku bz dgn projeknya... xde sapa nk teman.
Malam la ku layan wayang. Ku nk tgk Tristan & Isolde dan Urs,Mine&Ours. Cik Cit mesti overdose wayang esok. And Cik Nah lak mesti x henti2 sms dr rumahnya... dlm kepalaku dh karang sms utk buat cik Nah x senang duduk esok. Senang je Cik Nah.. x yah ku upah bomoh mandrem dia... bg sms pn dia bleh jd gila! hehehe.
Wednesday, March 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment