Kalau x silap.. 2minggu lps lu terima sms Cit Cheet yg tanya nk beli tiket utk charity concert x? ku ckp x kisah, beli je la. Ku ingat mmg konsert la... ku pn x amik tahu apabendanya.. yg ku tahu ada Siti Nurhaliza & Hetty. Ku mmg dh lama teringin nk tgk Hetty... Siti Nurhaliza lak dh lama ku x attend function yg ada dia. Lgpn utk derma... x kisahlah.
Smlm barulah ku tau ada jual table rupanya! OK la.. x kisah la walaupun terasa cm x selesa dikelaskan sebegitu rupa oleh pengajur. Itu ok lagi... bila time kena tgk dorg mkn... What the heck?! Dlm hati ku dh nyumpah pengajur! Bila penganjur tu masuk... baru ku tahu siapa! Mmg tanggapanku pd org tu sama je... lived up to expectation. Yg plg hina (agak kurang sopan tp itu yg ku rasa... maaf) bila org yg diraikan di letak di ceruk dewan.. bukankah sepatutnya meeka mendapat layanan istimewa di bhg depan? Oh lupa lak... bhg depan kalau bg dorg duduk dh rugi berapa puluh ribu, ye tak? So biarlah dorg dok blkg... bila nk bagi duit kt dorg, suh dorg beratur naik pentas, posing utk camera pastu letak blk dorg kt hujung dewan... sekadar hiasan je ek? HIPOKRIT.
Concert tu menghiburkan... tp dr segi penghayatan tujuan sebenar tu mcm kabur je. Sekadar nk menghebah sapa yg bagi byk sumbangan, sapa yg konon prihatin, sapa yg berpakaian cantik & glamer, nak publisiti. Aku rasa sedih & sakit hati tgk.. anak2 yatim tu cuma diberi perhatian sikit je. Utk menayang kpd media je. Dan media plak, lebih senang menghebahkan sapa pakai baju purple (siap buat coverstory) berbanding nk fokus on the charity issue. Jelek aku dgn sikap sesetgh org.
Acara tu nk buat statement apa sbnrnya? Nk buat sumbangan kpd masyarakat? Nk menyedarkan masyarakat ttg org kurang bernasib baik? Nak kutip duit yg byk? Nk publisiti?
Npknya diva Mesia berulang disebut sepanjang majlis... pantun pn berkait negeri Pahang SAHAJA. MC tu pun kalau xnk sebut, kena gak sebut atas sebab yg semua org tahu tp saje buat tak tahu. Sumbangan utk tabung kebajikan lain pn turut disebut... barulah satu Mesia tahu rupanya diva tu Jutawan walaupun dh 8 tahun dia menafikan... kalau duit x cukup sejuta, takkan nk sumbang SETENGAH juta kan? Kini satu Mesia juga tahu warna pilihannya walaupun selama ni dia kata dia suka hijau. Aku? sbb aku dh tahu, so xde efek pun. Aku tetap x menyalahkannya :)... dia dimataku sempurna, walau salah, tetap betul bagiku.... walau x patut, dia bleh buat sesuka hati dia asal dia happy sbb dia dh byk buat org happy.
Aku terpaksa ngaku aku seorang HIPOKRIT.... hehehe, realiti hidup... hipokrasi adalah sebahagian hidup. Kekadang hipokrasi tu mmg perlu utk kita mendapat keyakinan, mengelak salah faham, dan mcm2 alasan yg boleh diterima pakai. Kalau cikgu suruh aku kelaskan perkataan 'hipokrasi' dlm sifat negatif atau positif... aku pn x reti nk jawab. Skrgkn sistem pendidikan kita tekankan pemikiran kritis... everything is subjective. Benda subjektif membuka pemikiran kita lebih luas, lebih bebas... menghasilkan a vague line between right & wrong. So aku rasa jd seorg yg hipokrit tu x semestinya salah. Something wrong with our educational system? (Don't even let me get into it)
Now about the show... Adibah Noor... well, mcm selalu la, nothing new. I don't find her voice that great... maybe sbb aku rasa dia ni tak 'real'... xde aura. Emosi dan perasaannya mcm dibuat2 atau melebih2. mcm fake. Nita MI2 was great. I never really heard her sing before (or i might have forgotten if i did). Aku tahu la rupa dia dulu ranggi dgn rambut pendek dan imej ganas sket... tp smlm jd cm sopan lak. Sedap sket aku tgk... barulah terasa aura seorg Star. Baru aku perasan yg dia cantik sebenarnya. Her voice... GREAT! bila tgk dia, aku teringat KD. With the right exposure she can go far. Aku rasa byk gak buaya2 yg duduk kt meja2 mahal tu dh target dia... watch out. (Tahu tak sebenarnya di kalangan buaya2 kaya ni sbnrnya ada betting utk dapatkan artis tertentu?)
Jamal npk cm x berapa stabil... tp vokal dia mmg bagus walau ada part tergelincir gak. Hetty lak... MARVELLOUS! Aku heran tul kenapa artis seberang begitu hebat aura dia? X perlu ckp lebih2 dh dpt respon baik dr penonton walaupun kebanyakannya xtau pn dia ni nyanyi lagu apa dulu & kebanyakan juga dtg utk melihat Siti Nurhaliza. Aku plg enjoy masa dia perform... rasa seronok sgt, rasa senang je. Lagu Ada Apa Dgnmu mmg kelas! That... is a true Diva. Datin Rosmah pun sedap juga suaranya... klasik & husky. Sedap di dengar. Rasa best tgk Datin perform... tunjukkan sporting walaupun beliau isteri TPM.
Kemudian muncul la penyanyi yg dinanti2. Berduet dgn Datin... Killing Me Softly was BAD! (Paula Abdul pun akan kritik). Diction... agak bermasalah walaupun ku rasa dia dh melalui zaman masalah dgn diction bila nyanyi lagu inggeris... rupanya masih perlu diperbaiki. Tapi kalau dia yg nyanyi, sebut la apa pun... tetap org ckp sedap. Kelebihan dia di situ... fans yg plg setia & tak kisah. Can't Take My Eyes Off You dah OK (dh byk kali dia nyanyi, dia dh selesa dgn lagu ni). Lagu baru Bisakah... bila aku dgr, kenapa aku teringat lagu Cahaya? Mungkin ada bhg tertentu yg sama dgn Cahaya... Mungkin arrangement, mungkin verse transitionnya... aku pn x tau, kena tunggu kuar CD utk menilai blk (aku ada rakam smlm tp sound x brp clear). Lagu ni power giler sbnrnya... vokal powerful. Tp ada sikit terkucil (x perasan sgt). Almost Perfect. Dialah Di Hati... lagu yg kalau dia nyanyi main2 pun akan buat aku tersentuh. Kalau dia nyanyi live dgn ke'terer'an suaranya... mmg itu lagu menusuk kalbu! Tp aku x berapa tgk pn gerakan di atas pentas... sekadar tgk muka dia di skrin. No offence but aku nk tergelak pn ada bila tgk... bkn lawak tp sbb aku rasa body languageya didorong oleh rasa tercabarnya... mcm kiut ppn ada gak la. mungkin aku salah, maaf. Fans dia kalau baca entry aku ni mesti marah sbb aku seolah mengkritik lebih sket. Aku pn antara fans gak... pandangan aku je. Tak semestinya apa yg aku tulis ni betul... pengamatan aku.
Tapi star of the night (yg sepatutnya dpt coverstory.. kalaulah wartawan negara kita lebih cerdik & pandai)... adalah seorg anak yatim bernama Ikhwal (kalau tak silap ingat la). Suara dia perfect... Siti ke Hetty ke tak dpt tanding mlm tu. Hampir2 airmataku nk mengalir dgr suara dia (baru nyanyi ayat pertama!)... betul2 sampai ke hati. 1st time aku terasa hati & jantung aku mcm bleh kembang kuncup (x tau cmne nk describe sbnrnya) mendengar suaranya. Sejarah hidupku... Dia plg jauh menyentuh ke dlm hatiku. Siti Nurhaliza pn baru separuh jalan. Dia begitu berani & yakin. Aku kagum sgt tgk dia. Aku rasa aku akan cuba berkunjung ke rumah anak yatim itu utk bertemunya. Utk kenalinya.. teringin nak tahu apa yg buat dia begitu berani dan yakin pd umur semuda itu. Aku kagum dgn suara dan juga semangatnya. Sebab dia juga la yg buat aku frust/upset dgn penganjur yg tak begitu sensitif.
Money might even buy you love... but never the feeling of seing such a beautiful soul. Possessing so much money deteroriates sight, failing to see the beauty, leaving the heart empty and craving for something unkown to the heart.
Slps concert... Acara makan di C&S bersama tetamu dr S'pore Kak S, Klon SN & mak klon SN yg kitorg panggil Auntie. Ku yakin auntie mesti pening kepala tgk kitorg yg tetiba ceria semcm. Tp auntie sporting melepak bersama sampai 2 pagi... dan tersenyum je. Klon SN kali ni ku npk dia dh ada gaya artis... aku rasa kalau betul caranya, boleh berjaya. Rupa ada, personaliti ada... suaranya sedap. Dia sebenarnya ada suara tersendiri yg baik & dia juga mampu meniru suara SN dgn baik sekali.
Tetiba aku terfikir satu projek? jengjengjeng!
Friday, February 24, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment