******* fon baru
Rabu aku kt SA je... dgn T, aku g buat treatment rambut, pastu lepak umah dia, pastu aku fon Abah tanya fon dh ada ke? Dia ckp dh ada, laju je aku sampai umah. Seperti yg aku inginkan... dapat gak hehehe. Thanks! W800i.
Ptg tgk tenis... suku akhir yg hebat. Hingis dh kalah. Well, she did great. Mlm, dok xplore fon setelah abis cas. function camera n sound mmg best! Pastu tgk tv sampai 4 pagi. tido.
Bgn kul 10.30... kemas, mencuci dan buat apa2 yg patut. Kuar g bayar bil & g bank. Blk umah, masukkan segala lagu best2 dlm fon. Tp cm ada problem.. sesetgh lagu mmg xleh masuk... ntah apa masalahnya. Aku pn malas nk pikir lg, buat mana ada je la.
******** BULI BLK
Petang btolak ke MV utk menonton Buli Blk. Seat baik sbb dh booking 3 hari awal. Panggung penuh. 9.30 start so sementara menunggu g sushi king makan, lepak & borak2. Dh cukup 9org (5F+4M) masuk tgk. Best! Lawaknya mmg best... aku mmg dh x control dh, gelak sekuat hati. Tp ada part yg semua terdiam, masing2 bergenang airmata. Masa nk abis, semua ternanti-nanti2 lawak apa yg akn muncul... tak muncul2. Ending yg tak dijangka tp memang baik. Keseluruhannya, filem ni simple tp masih mampu mainkan emosi kita spjg citer. Pelakonnya pn mmg bagus so apa yg nk disampaikan tu, berkesan. Skrip best. Ini baru la filem berkualiti... bukan setakat nk jual muka pelakon je. Aku yakin afdlin akan terus berjaya jika terus hasilkan filem2 begini.
Part favourite aku... time Shira langgar cermin... real tu! Pastu dia cover line, kelakar giler.
Part kena karan plg best... Fazura. Lawak.
Part kena buli plg best... Budak kecik kena buli dgn afdlin.
Lagu plg best... lagu oleh Tan Sri utk vdo klipnya.
Scene plg kesian... part Hans. Hampir semua scene dia buat aku kesian.
Part aksi plg best... adegan lawan antara afdlin, Ac & Hans especially time pakai letrik.
Penampilan cameo... Ramlah Ram.
Byk star dlm fiem ni.. tp scene dorg sorang sikit je la... namun berkesan. Byk yg muncul dlm 30 saat je.
Rating... 9/10.
GO SEE THE MOVIE... support Afdlin's work!
******** rockstar?
Mmg sejak potong rambut aritu... rambut aku ni dh jd cm rockstar. Memula cm x brp biasa, x selesa. Skrg ni dh pjg sket, dh biasa, dh selesa... I luv this hair! Rasa mcm rockstar, konfiden pn dh nk sampai tahap rockstar. Rambut ni buat aku lebih konfiden. Cayalah! So kena la buat ucapan menang anugerah cm rockstar... here goes...
"Yeyeyyyy!" ala rocker. pastu control blk... "assalamualaikum, Alhamdulillah saya dapat style rambut baru ni. Sesungguhnya ia secara mental dan emosinya telah menjadikan saya seorang yg lebih baik. Terima kasih kepada hairstylist sy yg berani mengubah rambut sy walaupun sy tahu dia ada rasa takut & gementar ketika itu... well, sy terpaksa akui, anda pun hebat sbg hairstylist. Terima kasih kepada rakan kecil sy yg menghulurkan tisu ketika sy berpeluh di tangan hairstylist sy. Terima kasih kepada rakan2 yg ingin mengikut fesyen rambut sy... sungguh sy terharu. Terima kasih kpd jurugambar yg telah merakamkan detik rambut sy dihasilkan... walaupun niatnya nk mengambil gambar hairstylist sy, ada jugalah muka sy terselit di hujung2 gambar. Terima kasih kepada penaja tempat dandanan rambut krn membenarkan kami buat tpt tu mcm rumah sendiri sementara dia dah nyenyak tidur. Terima kasih juga kpd bos sy yg benarkan sy mengular. Akhir sekali, tak lupa kpd mama abah yg sentiasa mendoakan yg terbaik buat sy... sekian, assalamualaikum."
E kata rambut KS sama cm rambutku... bila lak KS ni ptg rambut? ku rasa aritu x sama pn. Tp bila ku ikat rambut, mmg ku rasa cm rambut KS 2-3 thn dulu.
so... ada sesapa nk aku g casting utk watak rockstar? sila hubungi PA tanpa gajiku, Sutang. Kalau x dpt hubungi dia.. sila hubungi PRku Cik Chit, pengurus rumahku, Cik Nah dan kalau berani, hubungi pengurus keselamatanku DMK. Kesemua mereka ku tak pernah bayar gaji.. jadi, jika panggilan anda tidak dilayan, cuba lagi lain kali. Semoga berjaya. Kalau tak berjaya setelah 36 cubaan, cari je la org lain.
Friday, January 27, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment