Wednesday, November 02, 2005

Raya yg bermakna......

Hari terakhir puasa.. hari pertama aku bercuti. Hari utk buat shopping raya last minute.
Traffic bergerak lancar... tgh jln di federal hway, ku terima 1 sms ucapan raya... dari nombor yg amat ku kenal namun jarang sekali berhubung.

Dia memang seorg yg sgt istimewa dlm hidupku.. he has a special place in my heart. Hampir setahun aku tak bertemunya, bila bertemu, rindu pn dtg. Plg buat aku sayu, dia masih ingat ku dlm pertemuan seketika itu. What made my day was i get to talk to him... tak terkata ku krn happy n rindu sgt. Dh lah aku tgh shopping dlm keadaan yg bising masa tu antara dgr dgn tidak. Masih seperti dulu, petah bercakap... sangat cerdik. "Tahu tak rumah Wan kite? Nanti datang tau. Rumah yg xde pagar, Pintu kaler coklat... nanti ada kasut warna oren kt luar..." Observant dan sangat teliti :).

Dekat 10 minit mendengarnya bercerita... happy. Aku ada berjanji dgnnya. Dia suruh tunggu dia balik dr kampung baru tunaikan janjiku. Akan ku tunaikan, InsyaAllah. Itu je yg mampu ku buat.




Masa yg berlalu buat kita berfikir lebih mendalam, lebih matang... selalunya perbuatan dan kata tidak dapat ditarik balik. Bila telah melukai, hanya boleh meminta maaf, hanya boleh simpan yg berlalu dlm lipatan kenangan. Ada hikmahnya segalanya berlaku seperti yg telah berlaku... dalam buruk ada baiknya... dalam baik ada buruknya. Life is about balance. Aku x boleh nk salahkan takdir atau sapa2... aku akui ada yg berpunca dr kesilapanku.

Manusia mmg x pernah lari drpd membuat salah... yg penting kita belajar dr kesalahan, bkn berulangkali melakukan kesalahan sama. Aku akui hakikat ini. Aku telah belajar.
Aku juga belajar bahawa tidak semua org sama dan semua org tidak sempurna. Namun jgn biarkan kekurangan diri kita melamahkan kita. Aku belajar utk menerima kekuranganku, dan hidup dgn apa yg aku ada. EVERYBODY'S SPECIAL IN THEIR OWN WAY.

Buat semua yg aku kenal... sempena hari raya ini... Aku dgn rendah diri inin memohon kemaafan atas segala salah dan silapku... Aku harap sangat keadaan seperti dulu tp apa yg terjadi dh terjadi. Ada ketika aku terasa janggal berhadapan... berikan aku masa. MAAFKAN AKU.

Buat semua...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.. dgn ingatan tulus ikhlas.

p/s: walau terasing... terima kasih krn menjadikan hari ini cukup bermakna. Masih ada ruang dlm hatiku yg mengambil berat.. take good care of urself.

No comments:

Post a Comment