Wednesday, November 30, 2005

abis je isi blog td.. aku pn abiskan masa baca blog org lain dan termasuk ke blog afdlin Seronok baca coretan org yg berpandangan jauh... think out of the box.

Aku ada terbaca cerita pasal filem Gubra. Npknya Oked kawin dgn laki tua, bkn dgn bf cinanya. Katanya filem ni menarik dan bakal mengundang cerita sensasi. Aku pn x sabar nk nantikan org2 Malaysia yg masih belum terbuka mindanya bersuara...aku setju dgn afdlin... mmg kita ni kekal dunia ketiga walaupun kita ada bende2 canggih sbb pemikiran kita x reti2 nk maju!

Ironi... berkejar2 menjadikan segala kecanggihan fizikal, namun mentaliti masih mahu di takuk lama, x ingin berganjak. Ikhlaskah pekerjaan? Atau sekadar mahu menunjuk dan menjadi bongkak atas kemegahan fizikal itu? Dan org yg bermegah itu, bukankah dia juga yg dulunya mempersoalkan, membantah kemajuan itu? MELAYU! Sedikit kelebihan dicanang bagai air laut yg tak pernah kering... Segala kelemahan dicampak ke lombong, terbenam dalam lumpur tanpa digilap menjadi suatu yg lebih indah bg pandangan mata. Yang terbenam itulah yg digali generasi mendatang... yg bijak menggilapnya, yang bongkak pula mencampak semula ke lombong. Kitaran berulang.

Nak mencapai awan... kita berangan nak jadi burung.. mustahil kan?
Nak mencapai awan... kita guna anugerah akal.. tercapai kan?

Kita ni begitu manja kan? Nenek moyang dh sediakan segalanya utk kita semua.
Kita ni begitu angkuh kan? Tiada yg akan rampas hak kita, tak perlulah bersusah.
Kita ni begitu pandai kan? Belajar setinggi kelulusan, cemerlang dalam peperiksaan.
Kita ni begitu alpa kan? Sijil bergulung-gulung, ilmu dicampak ke laut.
Kita ni begitu rajin kan? Segala yang tak perlu, semua kita buat.
Kita ni begitu malas kan? Segala yang berfaedah, konon lupa nak buat.

No comments:

Post a Comment